Maya membuka kod putihnya lalu diletakkan di atas kerusi,yang bersebelahan dengannya. Baju lengan pendek yang dipakai olehnya menyebabkan kesan parut pada lengannya terdedah.
Mataku terhenti pada kesan parut itu tanpa disedari oleh wanita itu. Macam kena toreh je parut tu, teruk juga lah.
"Ermmm..ermmm..huh" Maya pantas menutup kesan parut itu sebaik sahaja sedar akan tingkahku yang memerhatikan kesan itu.
Mataku dimatikan tepat pada anak matanya. Pelik, kenapa dia perlu tutup kesan parut tu?.
"Kenapa dengan lengan awak,Maya?macam kena toreh je..jangan cakap yang itu hanya excident kecil, sebab saya tahu parut macam tu bukan sebab lain "
Dia terdiam sambil menundukkan wajahnya."Takde apa, ya betul cakap awak, just kena pisau je!"
Aku berkerut"Pisau?? sampai ke lengan??"
Dia terdiam semula."okay macam ni,"
Dia mula mengambil tempat duduk.
"Parut ni, Ya kena pisau! waktu saya cuba nak selamatkan anak awak,Putri..Joy ermmm...you know what I mean right? so takde apalah! sikit je!"Dengar hal itu dari mulutnya, Maya seolah-olah mengambil hal itu sebagai hal remeh. Walhal teruk juga parut tu.
Aku termenung melihat wajah doktor itu.
Dia mengangkat keningnya,pelik."Thank you..."Aku tersenyum dan membiarkan sahaja air mata itu jatuh.
Wajahnya sayu melihatku. Senyuman terukir pada bibirnya."Takde apelah.."
Tiba-tiba sahaja aku sedih serta terharu dengan sifat doktor itu. Wujud lagi hati yang mulia sepertinya. Aku rasa seolah-olah.....
"Kenapa ni?..."Maya mendekatkan dirinya kepadaku. Mungkin melihat aku yang asyik menyeka air mata.
Aku menggeleng kepala sambil tertunduk sedikit.
"cakaplah..."
Aku memandang anak matanya.
"takde apa,Sa...sa..saya cuma rindu anak saya.."Tanganya pantas menyeka air mataku yang mengalir pada pipi.
"awak dengan dia jauh, doa sahaja yang dapat menyatukan. Ya,saya mungkin tak faham keadaan awak sekarang sebab saya belum pernah ada anak. Tapi percayalah,saya dapat rasakan rindu tu."Aku terdiam untuk membiarkan tangisan ini yang bersuara.
"Jujur dalam hati saya, saya tak boleh terima yang dia pergi dengan keadaan macam tu! Sumpah, saya akan bunuh siapa yang buat dia macam tu! Saya bersumpah!!Aku takkan pernah maafkan dia!" Aku terjerit mungkin terikut dengan emosi"Bella,bawa istighfar banyak-banyak...jangan macam ni..kawal emosi awak!" Dia laju memeluk bahuku untuk menenangkan.
"Bella, awak tak boleh cakap apa yang awak nak cakap,ikut emosi,sebab emosi awak memang tak stabil sekarang..Maaflah kalau apa yang saya nak cakap ni akan sakitkan hati awak, saya ada terdengar awak bergaduh dengan Ad tadi.. bagi saya,awak tak patut cakap macam tu..Awak tahu tak? Ad tulah yang paling risau,gelisah,sedih tengok awak terlantar..Jadi awak tak patut cakap macam tu dekat dia"Aku terdiam seketika sambil memandangnya ,dan menarik nafasku dalam. Kenapa takde langsung yang faham aku?.
"Maya...cubalah awak bayangkan kedudukan saya. Saya kena cerai dengan lelaki tak guna tu waktu saya pregnant, saya difitnah Maya..Dia hina saya,cakap yang saya kandungkan anak luar nikah dengan bekas teman lelaki saya. Dia percaya bulat-bulat apa yang Joy katakan. Saya cuba untuk terangkan satu persatu,saya cuba untuk pertahankan kebenaran dan saya cuba untuk pertahankan rumah tangga ni, tapi apa yang saya dapat?? talak 1 yang saya dapat,Maya. Dia halau saya...Dia tak bagi nafkah dekat anak dia..Saya!!Saya yang cari duit untuk besarkan Putri! Allah sahaja yang tahu betapa peritnya saya tika tu. Orang lain takkan faham saya...sampailah 5 tahun saya besarkan Putri, saya happy apa yang saya ada...dan saya buat keputusan untuk bukakan hati saya ni untuk Aiman, 5 tahun dia tunggu saya untuk saya terima dia. And then,lelaki tak guna tu datang nak hidup bersama saya dengan Putri balik? Apa benda tu?? Kalau awak jadi saya,awak buat apa? Dia tu seolah-olah nak jilat balik bekas yang dia dah ludah."
![](https://img.wattpad.com/cover/75963973-288-k81237.jpg)
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...