BAB39:khalwat

31.9K 638 32
                                    

Hari ini,Aku sah bergelar sebagai ibu tunggal.Segala kes penceraian sudah disahkan dan diselesaikan di mahkamah.

Aku menaiki ke dalam perut sebuah kereta produa myvi yang dipandu oleh Jihyo.
Aku diam membisu di dalam kereta itu.

Entah mengapa,kata-kata Ad di dalam mahkamah terngiang-ngiang di fikiranku.Baki kesakitan di dalam hati masih lagi terasa.

"Saya takkan berikan nafkah pada anak yang bakal dia lahirkan tu.Sebab tu bukan anak saya dan takde kaitan dengan saya.Itu anak haram dia"Ad bersuara di dalam mahkamah.

Perlukah dia menghina aku di khalayak ramai??Kata-kata dia buat aku rasa bertambah benci dan marah dekat dia.Amat-amat tersinggung.

Aku pantas menyeka air mataku disebalik Jihyo.

"Bella..sudahlah...tak perlulah kau menangis-nangis disebabkan Ad tu. Takde gunanya..Dia dah ceraikan kau pun.."Pujuk Jihyo

Aku diam.

"Kau tahukan aku sayangkan dia?? Susah Jihyo!susah untuk aku hidup tanpa orang yang kita sayang..Aku dah banyak merana..aku dah banyak terluka..Aku dah terlalu banyak sakit.Salahke kalau aku nak rasa bahagia??Salahke??"Teresak suaraku meluahkan rasa.

Jihyo perlahan-lahan mendakap tubuhku didalam pelukannya.

"Tak salah pon weh..Kau cuma perlu sabar jee..Janganlah macam ni,Bella..Setahu aku,perempuan yang bernama Bella,ialah perempuan yang kuat!"

"Aku tak kuat Jihyo..Aku tak boleh.."Air mataku semakin menjadi-jadi mengalir..

"Habistu anak dalam perut kau tu macam mana??tak lama lagi dia akan keluar tauu..Kau nak ke anak kau ni takde kasih sayang seorang ibu??hah??"

Aku terdiam sejenak.Apa yang dikatakan oleh Jihyo tidak dinafikan benar.
Kerana masa silam itu kekal,sebab itu aku perlu kejar masa depan yang baik.

"Sayang...maafkan ibu eh, ibu lupakan kamu disebabkan masalah ibu..maafkan ibu..bila sayang dah keluar nanti,ibu janji akan jaga sayang dengan kudrat yang ibu ada..ibu tak sabar nak lihat kamu keluar.."bisik hatiku yang sangat luluh.Aku memegang perutku dan tanpa disedari,air mataku jatuh di pipi...


         AKU menghidu-hidu pada sekuntum bunga ros yang berwarna putih kemerah-merahan.Bau dia sangat menenangkan sesiapa sahaja yang membaunya.
Aku menghidunya sehingga baunya bertukar menjadi menyelerakan padaku.Ingin sahaja aku memakan bunga ros itu.

"Aik??dah takde makanan ke kat rumah ni??"Soal Jihyo yang tiba-tiba muncul di sebelahku.

"Adalah..dekat dapur!"

"Habistu asal bunga ros tu pun kau nak makan??Nak kata menyelerakan,tidak!dahlah tu.."Jihyo pantas merampas bunga ros itu dari tanganku.Terkejutku dibuatnya

"Entahlah aku ni..pelik pon ada,tiba-tiba nak makan bunga ros tu..ermm,kempunan lah aku"Aku memuncungkan bibir.

"ish..kau ni biar betul??Selalunya orang mengandung mengidam makan mangga,aiskrim,asam..kau??mengidam makan bunga ros!..ketahian apakah ini??"

Aku tergelak kecil mendengar leteran daripada Jihyo.Aishh dia ni,tak sah kalau tak bebel satu hari..

"Hah..kan cantik tu senyum,gelak!Ini tak,dari tadi muram jee..Macam ni lah aku nak tengok.."terukir senyuman pada wajah Jihyo.

bila difikir fikirkan semula,apa yang dikatakan oleh jihyo ada benarnya,Aku kena belajar apa itu erti redha. Sepandai mana pon manusia ni menipu,satu hari nanti kebenaran pasti akan terbuka.Hanya perlu tunggu,sabar dan lihat.

Bila aku dilupakan,
maka aku harus belajar melupakan.erm,Yaa..Allah sebaik baik perancang...

       

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now