BAB 15:Masih adakah peluang?

40.6K 905 111
                                    

Suho menapak masuk ke dalam cafe yang dijanjikan bersama Joy.

Kerusi ditarik olehnya lalu terus diduduk menghadap ke arah Joy.

"Macam mana?? Ada news apa-apa tak?" Joy membuka kaca mata hitamnya.

"Aku boleh bagi kau news tentang Bella,tapi dekat dunia ni takde  benda yang percuma okay." Suho menyedut bekas minuman Joy yang berbekas lipstik merah pada  penyedut minuman.

"Ish kau ni!! Tak habis-habis duit! Nanti aku bagilah..sekarang ni aku cuma nak tahu pasal dia dengan Ad!"

Suho tersenyum sinis.

"Sayang betul kau dekat Ad! Aku yang ada depan mata kau ni pon kau tak peduli.Tapi takpelah..lagipon sekarang ni Bella tengah mengandung!"

Joy terbeliak.Wajahnya berubah kemerahan.

"Anak Ad!" Tambah Suho lagi.

Joy terdiam.

"K..ka.kau biar betul Suho!" gagap bicara Joy.

Suho mengangkat kening.

"Yah..semalam aku mengintip dia dekat klinik."

"No!! Dia tak boleh mengandung!!Dia tak boleh mengandung..Suho tolong aku buat sesuatu.Aku taknak anak dalam perut dia tu jadi penghalang antara aku dengan Ad..please Suho!" Rayu Joy.

"Macam aku cakap tadi..dekat dalam dunia ni takde benda yang percuma." Rambut Joy diselak lembut oleh suho.

"Suho.. kau tu kan bekas kekasih Bella,takkanlah kau takde perasaan dekat dia lagi."

Suho menggeleng lalu tersenyum.

"Kau silap Joy.Untuk pengetahuan kau,Daripada dulu lagi aku takde perasaan dekat dia.Aku bercinta dengan dia dulu pon sebab nak duit je tak lebih pon.Dia tu je yang tergila-gilakan dekat aku."  Suho meluahkan segala-galanya.

Joy merenung tajam ke arah Suho yang dari tadi menyedut air minuman.

"Sekarang ni aku hanya sayangkan kau sorang je sayang.." suho menyentuh pipi kanan Joy.

Joy menepis kasar.

"Stop it lah!! Sekarang ni kau cakap dengan aku berapa ribu kau nak?? Aku sanggup bayar asalkan anak dalam perut  perempuan tu mati!"

Suho tersenyum gembira.

"Macam ini lah baru aku bersemangat nak buat kerja." Senyum lagi Suho.

     Ad masuk ke dalam rumah lalu terus meneriak memanggil nama Bella.

"Bella!!" Teriaknya kuat.

Di dalam rumah kelihatan sunyi sepi.Bagai tiada siapa yang berada di dalam rumah itu.

"OII Bella!!!Bella aku panggil kau ni!! Bella!!"

Masih lagi sunyi.Tiada suara yang menyahut.

Beberapa minit kemudian,Barulah aku turun ke bawah setelah melihat Ad yang sedang duduk di sofa.

"Awak panggil saya ke??" Sahut ku.

Ad tersenyum.

"Nabila..mari sini duduk dekat aku kejap..marilah sini sayang..." panggilnya lembut

Aku pelik lalu terus menghampirinya.Perlahan-lahan aku mendekatinya dengan perasaan ragu-ragu.

"Saya minta maaflah sebab tak dengar awak panggil tadi sebab tadi saya tengah solat."

"Marilah sini.Kenapa degil sangat ah!!" Ad lantas menarik rambutku .

"Ad tadi saya betul-betul tak dengar..saya dah minta maaf kan.Tolonglah jangan buat saya macam ni."

"Ouh..dah pandai melawan??kau tahu tak aku terpekik terlolong panggil nama kau!"

"Saya minta maaf Ad..saya tak dengar..kalau saya dengar takkanlah saya nak diam."

Ad masih lagi belum melepaskan genggamannya.

"Mulut kau ni asyik nak menjawab je lah!!"

Pang!! Satu tamparan menghinggap di pipiku lagi.

Sedikit terselak rambutku.Bibirku sudah kelihatan pecah dan berdarah akibat tamparan yang kuat.

Aku terdiam seketika.Terasa kelat apabila tertelan percikan darah pada bibir..

"Dah?? Kalau awak marah lagi,takpe awak tampar je lagi.Asalkan awak puas." Tercungap suaraku.

Aku sedaya upaya menahan sebak supaya tidak mengalirkan air mata.Isteri mana yang tidak sedih bila didera oleh suami sendiri apatah lagi aku sudah mulai menerimanya.

Hatiku masih tertanya-tanya.Kenapa Ad bagitu benci terhadapku.Apa salah aku?

"Aku memang tak pernah puas hati dengan kau!".tengking Ad di telingaku.

"Apa yang awak tak puas lagi Ad?? Awak ingat saya tak tahu ke yang awak dah lama berhubungan dengan Joy.Ad,kalau saya jahat,saya dah lama beritahu papa tahu tak? Tapi saya tak nak."

"Kalau kau berani,aku cabar kau beritahu papa.Aku nak tengok papa sebelahkan siapa."

Aku terus meleraikan pergaduhan itu lalu pergi dari situ kerana aku masih memikirkan tentang anak dalam kandunganku.

"Dah lah Ad,Saya taknak gaduh dengan awak.." Aku berjalan perlahan menuju ke dapur.

"Aku belum habis cakap dengan kau lagi ah!! Hei aku pantang betul ah!!"

Ad mengejarku dari belakang.Entah mengapa sewaktu itu juga  lantai di dapur terasa licin.Aku tidak dapat mengimbangkan diri kerana perasaan takut menghantui diriku.Kaki ku tergelincir lalu badanku terus jatuh di lantai.Aku merasakan seperti sesuatu jatuh dari rahimku.Sakitnya hanya tuhan sahaja yang mengetahui.Amat pedih.

Aku mengerang kesakitan.Aku cuba untuk meminta pertolongan daripada Ad tetapi dia hanya memerhatikan sahaja sambil tersenyum.Darah banyak mengalir di lantai akibat pendarahan yang banyak pada tempat kelengkang kainku.

"Arrrrr...Ad to..tolong Bella Ad..tolong Ad..Sakit.."

Aku menggenggam kuat perutku kerana sakit yang teramat pada perut.

"Apasal banyak darah keluar dari kain kau ni?" Soal Ad selamba seperti tiada apa yang berlaku.

Perutku amat pedih sewaktu itu sehinggakan aku menitiskan air mata akibat menahan sakit itu.

"Ad..saya mengandung Ad...tolong..Ad tolong perut saya sakit..Arrrghh.." perutku dicengkam olehku.

Diriku diselaputi banyak darah.

"Mengandung?? Aku tak tahu pon..huh! Baguslah kau jatuh ni..aku rasa anak dalam perut kau tu dah matilah.Lebih baik dia matikan..Asal kau menangis ni?? Sakit ke?? Alah kesiannya. Sakit eh?"

Ad hanya gelak dan memerliku.Dia langsung tidak membantuku padahal sewaktu itu aku amat memerlukan bantuannya.

Aku mengerang semakin kuat.Ad pula semakin kuat gelak.

"Kau duduklah sini sampai kering darah tu dengan mayat anak kau tu eh..Aku chaw lu. Selamat berjaya Bella." Ad berlalu pergi dari situ.

Aku sedaya upaya menjerit memanggilnya supaya tidak meninggalkanku seorang diri dengan kesakitan.

"Ad tolong jngan pergi..Tolong perut saya sakit Ad.!!Ad!! Ad tolong!!ah!..Ah!!"

Aku gagahkan diriku untuk bangun tetapi gagal.Perutku amat sakit.Tidak dapat digambarkan sakitnya bagaimana.Aku mengesot sehingga ke ruang tamu dengan berlumuran darah untuk mencapai handphone..

Separuh mati aku menggunakan tenagaku untuk menggerakkan tubuh ini.Lantas aku mendail nombor telefon jihyo.

Telefonku terhempas ke lantai tetapi masih boleh lagi mendengar suara Jihyo.

"Jihyo..to..tolong aku.." lemah suraku.

"Hey Bella kenapa ni?? Bella?? Bella??"

Aku sudah melelapkan mata.Pengsan.

"Bella please bersuara..Bella??Bella!! Aku cakap dengan kau ni..Bella!??"

Suara Jihyo masih bergema di telefon malangnya aku tidak mampu lagi bersuara.






Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now