"Sial kau Ad! dulu,bila aku dengan Bella,kau rampas dia daripada aku. Now,bila aku dengan Joy,kau rampas dia daripada aku pulak. Apa yang ada dekat kau pun aku tak tahulah!"
Suho mengesat-ngesat luka pada hidung serta bibirnya menggunakan kain. Kedengaran suaranya sahaja di dalam kereta dengan makian terhadap Ad
Ketidakpuas hatinya disimpan jauh dalam lubuk hati."Assalammualaikum....Assalammualaikum!! Jihyo!!Assalammualaikum!! Jihyo!! Aku tahu kau ada dekat dalam!!"Ad yang tidak tentu arah sudah cukup kelihatan seperti orang gila dengan rambutnya yang serabai,baju kemeja tidak dimasukkan kedalam, serta tali lehernya yang longgar.
Suaranya dilontarkan dengan kuat dihadapan rumah Jihyo. Berkali-kali salam disampaikan,namun tiada siapa yang menyahut."Anak cari siapa ye?"Soal seorang pakcik tua yang bersongkok. Mungkin Jiran tetangga yang terganggu dengan suara Ad yang terpekik terlolong itu.
Ad pantas menyeka pipi gebunya yang basah akibat air matanya tidak henti-henti mengalir
"Sa...sa...saya cari orang kat dalam rumah ni?? pakk..pakcik tahu tak dia pergi mana??"Gagap dia bicara.
Pakcik itu memerhatikan Ad dari kaki hingga ke wajahnya. Personaliti selekeh,tapi pakai kereta mewah. ermm..
"Orang dekat dalam rumah ni dah pindah. Baru tadi pagi tadi..Tapi pakcik tak pasti dia tinggal dekat mana.Nampak macam pindah Jauh!"
Ad sudah menekup wajahnya sambil bersandar pada kereta.Dia mengeluh perlahan. Kelopak matanya sudah dipenuhi air mata.
"Pakcik takkan tak tahu dia tinggal dekat mana??"Suaranya serak
Pakcik itu hanya menggeleng dengan wajah yang sebersalah..
"Takpelah..terima kasih,pakcik!"
Ad terus masuk kedalam perut keretanya lalu memecut laju meninggalkan kawasan itu.Beberapa kawasan yang sering dipergi oleh ku dicari oleh Ad.Namun, tetap tidak jumpa
"Mana awak pergi,Bella!....Tiba-tiba, sebuah kereta memakir betul-betul dihadapan keretanya.Seolah-olah ingin menghalang pergerakan Ad.
Ad kenal sangat kereta itu, milik isterinya."Ad!!please...I nak cakap dengan you!"
Cermin kereta diketuk berkali-kali oleh Joy.
Cermin diturunkan perlahan."Kau nak apa?" Soal Ad. Wajah Joy langsung tidak dipandang oleh Ad.Mungkin sudah menyampah?
"Please..I ada sebab buat macam tu,Ad..Please...I merayu dekat You!! I sanggup buat apa-apa yang you nak asalkan you percaya cakap I..pleasee"
Rayuannya sudah lali diperdengarkan oleh semua orang. Rayuan palsu!Joy memegang wajah Ad agar memandangnya. Akan tetapi, ditempias kasar
Anak mata Ad berhenti tepat padanya. Agak sinis!." Aku....ceraikan.....kau.. ta...talak tiga. Sekarang kau bebas nak buat apa. Jangan cari aku!"
Padel minyak terus ditekan laju oleh kakinya. Ad menutup tingkap keretanya semula lalu memecut laju meninggalkan Joy
"No!!!Addddd!!!!!!! you tak boleh buat I macam ni!! Ad!!!!!!!!"
Walaupun mencari hingga hujung dunia sekali pun, Jika Allah tidak mengizinkannya, Dia tetap tidak akan dapat cari. Mungkin ya, atau mungkin tak.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romansa|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...