BAB 55:#IPB

25K 786 47
                                    

"Eh kau boleh diam tak?? memekak je lah kerja kau ni!! Kau tak penat ke ah??Haish aii fedap lah aku dengan kau!"
Pipi mulus anak kecil itu ditarik kasar oleh Joy. Sudah kemerah-merahan pipinya akibat tamparan.
Suara tangisannya membisingkan lagi rumah yang besar itu.Mana tidaknya, tangannya diikat dengan besi, sakit tu..

"Putri nak balikkk, taknak duduk siniiiii......."Suara tangisannya yang meleret panjang.

"Eh budak! kau boleh diam tak?? aku nak makan pun tak senanglah!!Kau dengan mak kau sama je! entah-entah bila besar jadi sundal agaknya.."lantang mulutnya bicara tanpa memikirkan perkataan yang dikatakan itu

"Aunty jahat!!!..Ibu Putri baikkkklahh..Nak balik!.."Dia cuba membuka ikatan itu dengan menggigit sekuat hati,namun masih tidak berjaya.

"Baik kau cakap?? Perempuan macam tu baik?? HAHAHAHAHHAAHA..kau tengoklah dia sekarang, terlantar tak sedarkan diri,itu namanya Karma!"

Anak kecil itu berkali-kali menyeka air matanya walaupun tangannya digari kuat.Tersedu-sedu pernafasannya.Suaranya juga makin menjadi serak kerna meronta-ronta untuk dilepaskan.
Sehinggalah dia penat menangis, tertidur juga anak kecil itu di atas lantai yang sejuk.

-------------------------------

"Ad,saya rasa lebih baik awak pergi buat laporan polis. Kita pun tak tahu kat mana Putri sekarang.."
Maya bantu untuk menenangkan Ad yang kini fikirannya serabut memikirkan anak kecilnya.

"Tak boleh...belum 24 jam lagi."Acuh tak acuh sahaja jawapan daripada Ad. Mukanya yang dari tadi gelisah membuatkan dia membisu sepanjang masa.

Maya terdiam"Sabarlah,Ad..setiap masalah pasti ada penyelesaiannya..Awak bawa bertenang dulu ye.."

"Sabar,doktor cakap?? Doktor, sekarang ni saya tak tahu macam mana keadaan anak saya..Dia tengah buat apa? Dia okay ke tak? Dah makan ke belum..Saya tak tahu! Macam mana saya nak tenang??cuba cakap?"

"Ya,saya tahu! semua orang pun risau.."

Ad termenung seketika. Seolah-olah Ada sesuatu yang sedang difikirkannya..

Maya mengangkat keningnya,.

Anak mata Ad tepat memandang Maya dengan pandangan seperti mendapat satu idea.
"Saya nak pergi cari Putri..."Kakinya menapak laju dari situ.

"Kejap!Awak nak cari dekat mana?.."Soal Maya sambil mengekori Ad dari belakang

"Mana-mana.."

"Awak jangan buat perkara yang langgar undang-undang,Ad!"
Maya menarik lengan Ad dengan kasar untuk menghentikan pergerakkannya. Berlapik okay!.Risau jugak kalau Ad ni buat perkara gila..

"Nak cari dekat mana??"Soal Maya sekali lagi..

"Mungkin...Joy??"

"What?? who is she?"

"My ex wife.."

Tiba-tiba,kelibat Aiman muncul menghampiri mereka"Aku cari Putri jugak"Sinis pandangannya pada Ad.

"okay, kalau kau nak cari, cari!..Aku takde masa nak gaduh dengan kau!"Pesan Ad sebelum menapak seribu langkah dari situ.

"Saya ikut awak..."

Aiman pelik "Tak payahlah, awak ramai patient kan?"

"Tak..Saya free.."
Maya membuka kot Putihnya lalu diletakkan di atas kerusi.
"Jom"

Aiman hanya akur sahaja..

***********************

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now