Pejam celik, Pejam celik...hampir 3 bulan Bella terlantar di atas katil tanpa memberikan sebarang respon.
Pelbagai jenis doktor yang merawat Bella, namun hasilnya semua sama.
Hanya kedengaran bunyi mesin degupan jantung sahaja."Dah 3 bulan Bella koma, tak sedarkan diri. Pihak hospital tak boleh buat apa-apa ke?" Bangku yang diduduk oleh Sumayyah terus disertai oleh Aiman di sebelah.
"Saya yang rawat Bella, jadi keadaan Bella ialah tanggungjawab saya. Saya boleh buat untuk sedarkan dia, tapi saya taknak paksa dia. Biarlah dia rela hati untuk celik mata sendiri,lagipun boleh jadi risiko tinggi kalau kita paksa dia sedar!"
"Kesian Putri, hari-hari tanya bila ibu dia nak bangun dari tidur, tak sampai hati saya tengok dia" Aiman tajam memandang Sumayyah. Tangannya diletakkan pada atas bangku tempat duduk.
"Mana dia?? Saya nak jumpa Putri."Soal Sumayyah.
"Dia pergi jenguk Bella"
Sumayyah pantas bangun dari bangku itu dan melangkah menuju ke wad Bella..
Pintu wad dikuak perlahan olehnya. Akan tetapi, pergerakkannya untuk pergi ke arah Putri terbatal apabila mendengar cerita Putri kepada ibunya.
Tertarik pulak untuk didengari."Ibu, tadikan..Putri nak pergi sekolah tau..tapi.....Putri teringat dekat mimpi malam tadi. Ibu nak tahu tak Putri mimpi apa? Jeng Jeng Jeng...Putri mimpi Ibu! Dalam mimpi tu, ibu cakap dekat Putri yang ibu rindu Putri.." Anak kecil itu seolah-olah bicara sendirian kerna tiada respon langsung dari Bella.
"Putri ada bawak bubur untuk ibu, Putri dengan Aunty yang masak. Tapi takpelah, ibukan belum bangun lagi!..Putri tunggu sampai ibu bangun eh?tapi bangun tauu."
Anak kecil itu termenung seketika.
Pantas pipi mulus Bella dicium oleh anaknya.
"Ibuuu.....bangunlah"Air mata Sumayyah menitis satu persatu apabila melihat anak kecil itu bersungguh-sungguh untuk berjumpa dengan ibunya.Sangat menyentuh hati..
"Maya?? Kenapa tak masuk?" Aiman menyapa dari belakang.
Sedar akan kehadiran lelaki itu, Maya laju menyeka air matanya untuk tidak kelihatan seperti orang baru menitiskan air mata.
"Are you okay?"Soal Aiman apabila melihat Maya yang masih membelakanginya.
"Maya??...."
"Sorry,I have to go! emergency!"Maya melangkah pergi dari wad itu tanpa memandang mahupun menjeling wajahnya Aiman.
"Hei Mayaa......"
Maya langsung tidak menghiraukan panggilan dari Aiman.
"Maya..."Aiman masih mengekori Maya dari belakang. Walaupun pergerakkan Maya agak pantas,namun berjaya diekori oleh lelaki itu.
"Maya.....wait!!"
"Ye Aiman..kenapa???"
Maya melabuhkan pinggangnya di atas kerusi, dalam biliknya."Are you okay??"Soal Aiman sambil membuka kerusi dihadapannya untuk duduk.
Tak tahu malu bukan?
"Nampak saya macam tak okay ka?"
Aiman diam. Wajah Maya ditenungnya lama.
"Tak bukan?"Tambah Maya lagi..
"No.. awak tak okay! kenapa tadi tak masuk jumpa Putri?"Aiman masih tidak puas hati.
Maya menghembus nafasnya perlahan. Dia terdiam seketika sambil memandang Aiman.
"Saya......Saya.......Saya tak sampai hati tengok Putri macam tu!..Dia masak bubur..nak bagi dekat Bella tapi tulah..Dia baru 5 tahun,tapi dah hadap semua ni...She still young! And I feel her...She remember me when I..."
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romansa|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...