Aku mengambil posisi untuk duduk di atas bangku itu. Tersandar diriku sambil merenung nasib sekarang. Luka yang baru sahaja diubat pada kepala dan kaki,masih lagi terasa sakitnya.
Aku cuba untuk percayakan diri ini bahawa ini semua realiti dan bukannya mimpi. Terkadang aku rasa penat untuk menitiskan air mata ni lagi. Satu per satu dugaan datang silih berganti saat aku ingin mengenali semula apa itu erti cinta."Saya minta maaf Ad...... saya ni selfish!..."
Udara segar diluar langsung tidak membantu untuk menenangkan hati. Aku tertanya pada diri, kenapa susah untuk aku akhirkan semua ni? Mahal sangat kah cinta tu sehinggakan aku tak mampu untuk miliki?. Mana cinta tu? meh sini aku beli.
Mana awak Ad....Mungkin ini pengakhiran bagi aku. Sebatang kara yang takde apa-apa.
Sesekali mataku merayap melihat pasangan suami isteri yang melayan karena anaknya di taman permainan itu. Tersenyum ku dibuatnya.Tiba-tiba sahaja ingatanku teringat pada Putri."ibu...putri tak perlukan ayah pun. Sebab...Putri kan dah ada ibu. Ibulah ayah, dan ibulah ibu!"
Air mataku jatuh. Tak pernah aku berasakan sakit seperti ini. Sakit rindu pada orang yang tidak lagi kita boleh jumpa.
" Kenapa duduk termenung sorang-sorang ni?"
Aku tersedar dari lamunan sebaik sahaja mendengar suara garau di belakangku. Seolah-olah berbicara denganku.
Aku menoleh perlahan."Ad??!.........." Terus aku berdiri dari duduk. Alangkah terkejutnya aku ketika itu, Allah sahaja yang mengetahui. Hampir gugur jantung ini dibuatnya.
Jari jemariku mula mengigil. Betul ke apa yang aku lihat ni? Betul ke dia? Atau ini semua hayalan aku sahaja?"Assalammualaikumm..." Lelaki itu tersenyum melihatku sambil kakinya terhincut hincut menghampiri.
Aku kaku. Lidahku seakan-akan keras untuk menjawab salam daripadanya. Susah untuk aku gambarkan perasaanku yang bercampur baur. Aku salah salah tengok ke ni? Kalau ni mimpi, aku taknak sedar! Mimpi ni yang aku inginkan!
"Dosa tau tak jawab salam."
terkebil juga mataku."Wa...waalaikumsalam.."gagap
"Terkejut? Bella,awak tak perlulah terkejut. Selagi Allah izinkan untuk saya hirup udara ni, selagi tulah saya akan hirup. Takkan ada sesiapa boleh halang kehendaknya."
Aku masih lagi kaku.Sumpah, aku memang tak percaya semua ni.
Beberapa kali aku cuba menampar pipi sendiri, takut ini hanya hayalan. Tapi luka pada dahi dia serta kaki sudah cukup untuk membuatkan aku percaya bahawa dia Ad. Tapi..."Dahlah tu tampar pipi...ini memang betul saya! Sebab Allah memang hadirkan saya untuk awak....Saya tahu awak sedih sekarang ni kan..but im here for you!"
"macam mana awak boleh selamat?"Kelopak mataku mula berlinangan. Aku rasa teruk sangat, aku yang tinggalkan dia, sepatutnya aku yang cari dia,bukan dia cari aku.
"Dahlah...tak payah tanya pasal tu..yang penting sekarang, saya dah selamat..."
Aku menyeka air mata. "Sorry.."perlahan suaraku.
Dia hanya menggelengkan kepalanya."Bukan salah awakk.."
"Saya takutt....Saya takut sangattt..."
"Awak takut apa...."
Suara tangisan menyebabkan bicaraku tersangkut-sangkut." Saya takut....Saa..Saya takut kalau saya hilang awak macam mana saya hilang anak kita.. Cukuplah sekali! sakit,Ad! Sakit sangat.."
Dirinya makin menghampiri kedudukanku kini. Nafasnya didengus perlahan."Bella......Kita kahwin?Saya ikhlas dengan awakkk..saya nak kita hidup macam dulu.."
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...