BAB 11: Hidayahku

41.3K 856 24
                                    

Aku masuk ke dalam rumah dan terlihat Ad sudah pon duduk di atas sofa.

"Kau pergi mana tadi?" Soal Ad

Aku diam dan terus jalan tanpa menghiraukannya.Malas nak layan.

"Aku tanya kau pergi mana?!!" Jerit dia.

Langkahku terhenti.

"Yang kau sibuk apehal?"

Dia memandang tajam ke arah ku.Lantas rambutku yang diikat rapi terus ditarik olehnya dengan kasar.

"Aku ni suami kau! Nak aku ulang lagi?? SUAMI engkau!! Jangan jadi bodoh boleh tak??" Dia semakin kasar menarik rambutku.

Aku menjerit kesakitan.

"Aku pergi kubur je!! Ziarah mama aku!" Lantas aku menjawab kerana tidak sanggup lagi menahan sakit

"Hah..kan senang terus jawab je..Kau ni memang suka aku guna cara kasar kan?" Rambutku terus dilepaskan olehnya.

Aku laju mengatur langkahku ke dalam bilik.

"Kejap!!" Ad menghalang.

Dia terus menghampiriku.

"Mulai dari hari ni,Aku dah taknak dengar kau guna perkataan" Aku,Kau" bila bercakap dengan aku.Kau boleh guna perkataan apa-apa je asalkan bukan tu."

Aku terdiam.Pipiku terus diusap olehnya.Macam mengugut je.

"Kau taknak aku berkasar dengan kau kan??kalau taknak,ikut cakap aku ye sayang.."

"Perlu ke aku dengar cakap kau dan perlu ke aku takut dengan kau??" Selamba ku bertanya.

Dia tersenyum sinis.

"Taknak dengar cakap aku?? Its okay sayang tapi kau jangan menyesal dan terperanjat bila tiba-tiba kau dapat berita yang papa kau MATI"

Mataku membulat.Apa yang dia kata ni?? Dia gunakan papa untuk ugut aku?.

"Kau nak ugut aku?" Tinggi suaraku bila menyoalnya.

"Kau nak cabar aku??" Soalnya semula padaku.

Aku terdiam dan tergamam.Aku tak berani lagi nak berkata-kata.Memang pandai sungguh jika dia berkata-kata.

Ad tersenyum sinis..

"Haha..sayang..tolong masak kan untuk aku boleh tak?? Perut aku lapar ni..Hahaha.." gelak Ad.

Aku tertunduk.Entah kenapa aku tetiba terus dengar cakapnya.Aku terpaksa juga mendengar arah nya kerana aku taknak Ad berbuat apa-apa pada papa.Baik Buruk Papa..Dia tetap ayahku.Ad memang berani sebab papa bukannya ayah kandung dia pon.

Nak tak nak..aku pergi juga ke dapur..Aku nak masak ape?? Satu jenis masakan pon aku tak tahu nak masak.Inilah balasan orang macam aku ni.Dulu malas nak belajar masak bila arwah mama ada but semuanya dah terlambat.Takde sape yang nak ajar aku masak.Takpelah..kita tanya pakcik google je.

Setelah hampir 1 jam aku memasak,akhirnya siap juga masakan ku buat kali pertama.Sedap tak sedap tu belakang cerita yang penting aku dah buat apa yang dia suruh.

Di atas meja sudah pon terhidang nasi,Ayam masak merah, sayur kubis dan jus oren.

"Ini je ke yang kau masak?" Tanya Ad.

Aku mengangguk.

Ad memandangku lalu terus merasa sambal ayam yang aku masak itu.

Ad terdiam.Aku hanya mampu pandang dia.Takut tu adalah sikit.

"Apebende yang kau masak ni?? Kau masak macam ni umpama kau nak bagi kucing makan tahu tak!!" Tiba-tiba sahaja dia menengking

"Kenapa?? Ada yang tak kena dengan masakan sa..sa..ya..?" kekok apabila membiasakan diri dengan memanggil "saya"

"Kau sini.." dia menggunakan jari telunjuknya memanggilku.

Badanku menghampirinya.Dia memandang ku.

Ad mengambil nasi itu lalu lantas dia mencampakkan nasi itu pada mukaku.

"Sekarang ni aku nak kau makan eh.." sambil dia mencampakkan lagi nasi itu pada mukaku

Aku menangis dengan keadaan muka yang berlumuran nasi.Rambutku juga terkena beberapa butir nasi.Sambal juga dicampakkan sedikit ke arahku.Memang pedih mataku sewaktu itu.

"Kau kesatlah air mata kau tu..Dah tak bernilai dah dekat mata aku ni.!! Sama jugak dengan diri kau tu!! "

Air mataku laju membasahi pipi.Penat aku masak dengan sungguh-sungguh dengan tangan yang terkena minyak panas tapi nasi dan lauk itu hanya terbuang sahaja.

"Rasakan.." ad terus berlalu keluar dari rumah itu.Mujurlah sewaktu itu kami berada di rumah sendiri. Kalau ada di rumah papa,entah apa lah yang jadi nanti.

Air mataku laju menitis apabila membuang begitu sahaja nasi itu.Berat sungguh hati aku ni apabila membuang rezeki.Berat lagi dugaan yang aku terima ini.

AKU melabuhkan diriku di atas katil.Mataku terpandang ke arah almari yang terletaknya sejadah dan telekung.Aku bangun dan menghampirinya.Dengan tiba-tiba perasaan sedih itu muncul di hatiku.Adakah ini masanya untuk aku berubah setelah banyak sangat dugaan yang dia beri padaku? Aku tahu ini semua Kifarah yang diberi olehnya atas segala dosa aku sebelum ini.

Apabila aku mengimbas semula kisah hidupku yaang sentiasa berkeluman dengan dosa,Malu sangat rasanya.Aku tahu aku hina..Layak ke aku untuk meminta ampun padanya?

Aku terus mencium sejadah itu.Ya..aku yakin..ini masanya..

"Ya allah ya tuhanku..Aku tahu yang aku banyak sangat berdosa denganmu ya allah..Kau ampunkan lah segala dosa-dosaku selama ini.Sesungguhnya hambamu ini mahu mendekatimu ya allah..Kau ampunkanlah aku ya allah..aku mohon padamu.Kau jadikan lah aku isteri yang solehah dan sentiasa taat pada suami ya allah..Amin ya rabbal al lamin.."

Hatiku yang kosong tiba-tiba penuh apabila memakai telekung dengan hati yang baru.Amat lain rasanya..Sangat tenang.Jikalau aku tahu ianya amat menenangkan,Aku takkan mengulangi perbuatanku yang lalu.

Matahari sudah pon terbenam.Jam menunjukkan pukul 8 malam.

"Awak..awak dah makan ke??" Soalku apabila ternampak Ad yang baru pulang.

"Aku makan ke.. tak makan ke.. kau peduli ape?."

"Memanglah saya kena peduli..saya ni isteri awak.".

"Huhr...Sejak bila kau jadi baik macam ni sekali..sebelum ni bukan main lagi kau melawan aku.." ad ketawa.

"Saya dengar cakap awak salah!..saya melawan awak pon salah..apa yang awak nak sebenarnya ni Ad?"

Ad menghampiriku..Aku cuba mengundur ke belakang.Dia menghidu leher hingga ke telingaku.Aku takut dengan perlakuan Ad sewaktu itu.

"Ad...awak nak buat ape ni..!"

"Kau taknak jadi isteri derhaka kan?? Dengar cakap aku ye.."

Ad mencium helaian rambutku.Dia menarikku kasar ke dalam bilik.

"Ad..saya taknak!!'

Aku terpaksa mengikut kehendaknya walaupun langsung tiada kerelaan dihati ini untuk disentuh paksa.

Ad mencampakkan aku ke atas katil.Butang baju kemejanya satu persatu dibuka sambil tersenyum sinis ke arah ku.

Aku memeluk tubuhku ketakutan sambil merayu padanya.

"Ad tolong Ad..saya taknak...Ad saya merayu kali ni" aku teresak-esak merayu padanya.

"Hei!! Kau dengar sini eh..kalau kucing dah dapat ikan,kau rasa kucing tu nak lepaskan ikan tu? Memang tak ah!!"





Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now