BAB 30:muslihat

31K 714 54
                                    

Siang dan malam silih berganti.
Hari demi hari berlalu.

Sedang sibuk aku memasak di dapur,telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.Aku terus mengelap tanganku yang basah lalu mencapai telefon itu.

Aku buka screen telefon itu untuk melihat nama yang menghantar mesej.Nombor tidak dikenali.Ermm..maybe client kot.Aku pon buka mesej itu.

Assalammualaikum Bella,Ini aku,Joy.Okay..aku mesej kau ni bukan untuk sakitkan hati kau ataupun berniat jahat.Aku mesej ni pun sebab aku rasa bersalah sangat dengan kau Bella.Jadi,boleh tak kalau kita berjumpa? Tapi kau jangan sesekali beritahu Ad yang kau nak jumpa aku,sebab ini hal antara kita.Lebih senang dikatakan ini hal orang perempuan.Aku harap sangat yang kau setuju untuk kita berjumpa.Aku taknak masalah kita ni berpanjangan dan aku yakin kau pun taknak macam tu.Nanti aku mesej kau dekat mana kita berjumpa.

Aku terperanjat apabila mengetahui Joy yang menghantar mesej itu.Mana dia dapat nombor telefon aku?.

"Dia nak apa eh??siap nak ajak jumpa..Hermmm..nak jumpa ke taknak?? Tapi takkanlah aku kena tipu Ad kalau nak jumpa dengan dia?"

Aku keliru sama ada hendak pergi ataupun tidak.Kalau tak pergi,nanti dia kata apa pulak..lagipun aku taknak bermusuhan dengan sesiapa mahupun dengannya.Tapi dia ni macam ada muslihat je...eh!!. astagfirullahalazim..think positif Bella!Haish...pening!.

"Siapa mesej tu??" Ad bersuara pada telingaku dari belakang.

Aku toleh kebelakang.Ya allah!! Baru aku perasan muka aku dengannya jarak hanya seinci.Kedua-dua tangan dia pula diletakkan pada meja.Kiranya kedudukkan aku terletak antara kedua-dua tangannya. Fuh!nasib baik tak berlaga..

"Ermm....tak!..takde sape.." Aku kebelakangkan sedikit wajahku.Tetapi tubuhku masih jarak seinci dengannya.

"Hurm..okay!"

Aku langsung tidak pandang wajah Ad ketika dia bercakap.Bukan taknak pandang tapi kalau pandang,confirm bibir aku tersentuh pada bibirnya.

"Kau kenapa??" Soal Ad pelik..

"Erm..a..a..a..awak boleh jauhkan badan awak tu sikit tak?? Saya nak sambung masak.."aku mengelat.

"Lah..tulah yang kau diam lagi tadi?? Hurmmm..."Ad makin merapatkan mukanya.

"Ad....saya nak masak..." aku terus redah sahaja tangannya.Terlerai juga akhirnya..Fuh.lega!

"Hah!lagi satu..boleh tak kejap lagi saya nak keluar?" Aku meminta izin.

"Keluar??pergi mana?"

"Pergi..pergi..ni..jumpa kawan lama!" Jawabku

"Lelaki ke perempuan??"

Haish banyak pulak tanya dia ni..dah macam polis dah.

"Perempuan lah.."

"Hurmm..yelah!"

"Ada apa -apa lagi Encik nak tanya?? Nak nombor IC?pakai baju warna apa? Pergi pukul berapa? Dekat mana?" Sakatku.

"Perli.."

Aku tergelak melihat muka annoying dia tu..Hensem tu memang hensem tapi bila buat muka buruk,hilang segala hensem dia tu..Ahahaha

Tiba-tiba Aku dan Ad terdengar bunyi loceng rumah.Ada orang datang??

Aku memandang Ad..

"Takpelah..biar saya buka pintu."

"Eh tak payah! Biar aku je yang buka!" Ad melarang.Dia terus menuju ke pintu itu lalu membukanya untuk melihat siapa yang hadir.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now