BAB 60:#IPB

29.4K 729 32
                                    

Kadang-kadang aku tertanya, apa dosa yang aku buat sehingga sebegini nasib yang perlu aku terima?Apa salah aku?Apa dosa aku? Aku tak pernah ganggu hidup mereka,tapi kenapa mereka selalu dengki dengan aku? selalu sahaja tak puas dengan apa yang aku ada.
Apa jahat kah aku? Jikalau benar aku yang jahat, aku yang mereka benci, aku yang mereka marah, pukul lah aku..bunuh lah aku..seksa lah aku. Tapi kenapa perlu libatkan budak kecil yang tak berdosa tu? Kalau betul lah kau nak perkosa , perkosa lah aku. Aku sanggup lakukan itu.

Aku menderita,
Rasa seperti ini hayalan semata,
Aku juga ada rasa,
Terkadang sudah biasa dengan semua bisa,

Salahkah aku untuk rasa bahagia?
Salahkah aku untuk ada kasih sayang?
Apa aku tak punya perasaan?
Luka yang lama masih meninggalkan parut. Ini pula ditambah dengan luka baru.

"Bella??Time makan ni. Bangun eh"Seperti biasa, Doktor Maya yang merawatku.Setiap hari meletakkan makanan di atas meja. Malangnya, semua makanan terbiar dan basi begitu sahaja.

Aku terbaring secara mengiring tanpa bersuara.Air mata sahaja yang menemaniku siang dan malam.Aku pun taknak hadap dengan orang luar. Semuanya tak boleh percaya, Jadi biarlah aku hidup dalam hospital ni sampai ajal menjemput.Itu lebih baik dari hidup sebatang kara di luar. Hanya menunggu sahaja malaikat datang dan menjemputku.

"Bella,sampai bila awak nak macam ni?? cakap dengan saya? Dah 3 hari awak tak makan,awak tak minum, awak langsung tak bersuara walaupun satu perkataan satu huruf!"Dia duduk di tepi katil. Aku hanya mengiring berpaling daripadanya.

Seperti biasa, Aku diam, Aku bisu. Aku pun sudah tidak peduli apa yang nak diperkatakan oleh orang. Aku gila? Aku mental? Otak aku senget? Cakaplah..aku dah tak amik kisah.

Maya menghembus nafasnya perlahan.
"Bella..awak kena makan! Awak sakit nanti..Janganlah macam ni.."
Dia pujuk dan terus memujuk

Aku? Membisu kelu.Hanya termenung melihat ke luar jendela,tidak berkelip mataku merenung.Melihat burung berterbangan sudah cukup membuatku tersenyum. Kadang-kadang membuat aku berair mata.Aku senyum seorang diri, orang panggil aku gila. Aku menangis seorang diri, orang panggil aku mental.Penat dengan manusia dalam dunia ni.

"Saya letak makanan dekat tepi ni, nanti awak makan. Saya pun tinggalkan ubat. Makan tau!"
Pesannya sebelum pergi. Mungkin sudah penat berbicara denganku tanpa sebarang respon.

Ubat? Dia juga fikir aku gila.

"Semua orang dekat dalam hospital ni cakap yang awak ni ada masalah mental, termasuklah doktor dekat sini. Sampai pihak hospital nak transfer awak ke hospital bahagia.Tapi saya tak benarkan! sebab Saya percaya yang awak tak gila,Bella! Saya percaya! Jadi tolonglah jangan hampakan kepercayaan saya ni! Janganlah macam ni.." Sempat dia menyambung bicaranya di hadapan pintu.
___________________

Malam dan Siang silih berganti, tubuhku kini merasakan amat penat dan tidak berdaya. Mungkin tiada selera dengan makanan termasuklah air putih.Aku terbaring sambil tubuh menggeletar.

"Bella,ni saya...Ad!"

Aku terdengar satu suara dari belakang. Seperti suara lelaki.

Aku pantas menoleh dan terus bangun dari mengiring.Selimut ditarikkan ke atas kerna takut akan bayangan lelaki itu.

"Awak jangan takut...ini saya,Ad! saya bukan orang jahat. Saya takkan apa-apa kan awak!" Dia cuba mendekatkan dirinya ke arahku.
Perasaanku bercampur baur apabila melihat wajahnya.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now