BAB 51:#IPB

29.3K 796 29
                                    

Aku memakir keretaku berhampiran dengan sekolah Putri. Satu suara pon tidak aku bicarakan semasa dalam kereta. Ya, Putri tahu apa sebabnya.

"Ibu...ibu marah Putri ke??" Soalnya setelah mencium tanganku untuk salam.

Aku hanya menggeleng kecil.
"Dah tu? taknak pujuk ke?" Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap kereta.

Dia hanya tersengih seperti kerang busuk. Gigi dahlah gongak, nasib baik ada lesung pipit tu.

Aku mencebik seperti benar-benar mahu anak kecil itu memujuk. Akan tetapi, perbuatanku tergendala apabila melihat susuk tubuh lelaki yang asyik memerhatikan aku dan Putri di dalam kereta.
Sungguh, aku seperti kenal susuk tubuh itu.

"Put..Putri, dah jom masuk sekolah cepat! biar ibu hantar!" Aku gelabah dan terus keluar dari kereta untuk menghantar Putri di dalam sekolah.

"Ibu kenapa?? Putri boleh lah masuk sekolah sendiri.. " leter budak kecil itu yang sedang menyandang beg.
Aku hiraukannya.

"Balik karang, kalau ibu lambat..duduk dalam sekolah sampai ibu datang, faham??"
Aku melutut untuk menyamakan ketinggianku dengan Putri.

Putri sekadar mengangguk.

"Jangan main dekat luar. Jangan ikut siapa-siapa yang Putri tak kenal, faham??"

Dia mengangguk lagi.

"Tunggu ibu datang tau?" Aku memegang kedua-dua belah tangannya. Kenapalah hati aku ni tak senang harini.. mungkin perasaan je kot

"Iyee! Ibu ni janganlah risau sangat. Cikgu kan ada.." Dia memegang kedua belah pipiku.

Aku tersenyum melihat dia berlari masuk ke kelas. Sempat dia melambaikan tangan ke arahku...

Aku menoleh ke belakang untuk kembali semula ke dalam kereta.

"Bella...."
Susuk tubuh lelaki itu benar-benar di hadapanku sekarang.
Aku terjerit kecil dengan sapaan itu. Ya allah, dahlah hati aku tak senang..tambah lagi dengan terkejut pulak. Boleh kena sakit jantung macam ni!
Siapa je yang tak terkejut? Terbeliak mata aku apabila melihat lelaki itu ialah Ad. Degupan jantung semakin kencang. Dadaku seakan-akan sempit dan tiada ruang untuk bernafas.
Jadi, dia lah yang perhatikan aku tadi?
Come on! Dont be weak!

Mata kami bertentangan.
" Sorry I have to go" Aku cuba selindungkan semua perasaan yang aku rasa sekarang. Aku tak kenal dia! Ya, aku tak kenal dia!
Aku pantas mengatur langkahku menuju ke kereta.

"Bella tunggu, takpayahlah awak berpura-pura tak kenal saya! We need to talk!"
Dia mengekoriku dari belakang.
Aku makin pantas mengatur langkah. Ya, dah hampir dekat dengan kereta.

Tapi...
" Bella, Stop!!" Dia pantas menarik tanganku untuk berhenti. Kakiku menjadi kaku seketika.
Jantung aku makin berdegup kencang dengan tindakkannya yang tidak disangka.

"Lepas!!!" Aku menarik tanganku dari genggamannya.

"Im sorry.." ... Kepalanya ditundukkan sedikit seolah-olah sedar akan tingkah lakunya itu tadi salah.

"Sorrylah Encik eh.. saya rasa Encik ni dah salah orang. So pergi main jauh-jauh lah ye!"
Aku berpaling wajah dan masih meneruskan langkahku.
Dia masih mengekori dari belakang. Makin aku laju, makin juga dia laju.

"Bella, we need to talk! Jangan berpura-pura tak kenal saya, please!"
Setiap kali tangannya cuba meraih tanganku, setiap itu juga aku berjaya menepis.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now