Syarikat milik Papa sudah berubah menjadi milik Adrian Sufi,orang yang paling aku benci dan yang paling aku iri hati di dunia ini.Bukan sedikit atau separuh aku terasa hati tetapi keseluruhan hatiku ini telah terhiris.Aku langsung tidak mengharapkan harta daripada papa tetapi aku cuma mahu keadilan yang tepat buatku.
Ad keluar berjumpa dengan rakannya sewaktu bekerja.Maklumlah sudah jadi bos,semua peraturan boleh dilanggarnya kalau digelar bos.
"Kenapa U lambat? Jenuh I tunggu U." Joy,teman perempuan Ad merungut apabila terus memasuki ke dalam kereta Ad.
"Sorrylah,tapi I janji lepas ni kita dah boleh jumpa hari-hari sebab now I dah jadi bos."Rambut Joy diusap oleh Ad.
"Really?? U dah.berjaya dapat pangkat tu?"
"Yes sayang.Ini Ad lah! Sekejap je I dah dapat jawatan tu daripada orang tua sengal tu" Ad membuka kod hitam yang dipakai olehnya.
"Itu sebab I really love U." Joy terus memeluk lengan Ad.
"Lepasni I nak rampas semua duit syarikat tu.Biar orang tua tu rasa!" Ad tersenyum sinis.
"U nak bankrup kan dia ke apa?" Lantas lengan Ad dilepaskan oleh Joy
"Of course!.U tahu tak orang tua tu lah punca mak bapak I mati! Mak bapak I kemalangan pon disebabkan dia.Waktu I kecil lagi mak bapak I dah takde.Lepastu dia terus ambil I untuk jadikan anak angkat dia,kononnya nak bertanggungjawablah sangat!" Rahsia Ad dibocorkan olehnya kepada Joy.
"Good!! Teruskan rancangan awak tu sayang" Joy menyentuh-nyentuh rambut tepi Ad.
"I terima untuk jadi anak angkat dia pon sebab I nak balas dendam.I nak dia dengan Bella rasa apa yang I rasa hahaha!" Ad tersenyum sinis lagi.
"Eh..Wait!! Apa kena mengena dengan Bella lak ni?" Wajah Joy terus berubah.
"Why?"
"No! I tak suka!! Nanti dia tergedik-gedik dekat U. I taknak!" Joy mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.Merajuklah kononnya. Cemburu tak tentu.
"I kan dah ade U. Takkanlah I nak pergi dekat minah bohsia tu!" Kesat bahasa Ad.Kalau aku ada dekat situ,dah lama aku koyakkan mulut Ad yang takde bahasa tu.
Skip.
"Ini tak lain tak bukan mesti kau gaduh dengan bapak kau ni kan?" Jihyo menghirup kopi panas di hadapannya.
Aku sekadar menganguk dengan mataku yang meliau ke arah lain.
"Hah!! Aku dah agak! Kalau tak kau takkan punya nak ajak aku lepak tetiba ni." Gembira Jihyo kerana tekaannya tepat.
Tetapi bila dia melihat muka ku, Jihyo berubah simpati kerana riak muka ku langsung tiada senyuman.
"Kau okay tak ni? Cuba kau cerita dekat aku!" Jihyo menggosok bahuku,cuba untuk memujuk.
Air mataku lantas jatuh berderai.
"Lah..kenapa tetiba nangis ni?? Janganlah macam ni.Risau aku!" Tisu dihadapan jihyo ditarik satu persatu dan terus mengelap pipiku yang basah.
Aku terharu mempunyai kawan sepertinya.Walaupon perangai dia lebih kurang dengan ku tetapi dalamannya sangat baik.Perasaan rindu kepada arwah mama aku menjadi kurang kerana mempunyai kasih sayang seorang rakan.Kami bukan sahaja sebagai rakan malah aku sudah menganggapnya sebagai adik beradikku.
"Aku sedih.Papa aku langsung dah tak ambik pasal aku. Aku ni anak kandung dia tapi kenapa dia lebihkan Ad daripada aku?".
"Sabarlah Bella.Mungkin ini salah satu ujian daripada kau.Kau tu pon janganlah benci sangat dekat Ad tu." Jihyo mengesat semula air mataku.Kini dia menggunakan tangannya sendiri.
Pantas tangan Jihyo ku dakap.
"Terima kasih sebab kau sudi nak temankan aku." Tangan jihyo dipegang erat olehku.
"Sokay..aku sayang kau dah macam adik-beradik aku tau.Dah,janganlah sedih!"
Kata-kata yang keluar dari mulut Jihyo menambahkan semangat ku untuk terus hidup.Aku dengan dia dah macam isi dengan kuku.Tak boleh berpisah dan takkan berpisah.So kalau cubit peha kiri mestilah peha kanan terasa jugak.Macam tu lah jugak aku dengan dia.
"Senyumlah sikit.Murung je aku tengok kau." Jihyo memandang mukaku yang langsung tiada senyuman dipipi.
Aku senyum sedikit.Tetapi langsung tidak terpancar keikhlasan di muka.
"Tengok tu! Tak ikhlas senyum. "
"Haish..Fine." dengusku.
Aku perlahan-lahan mengukirkan senyuman di pipi.Terserlah lesung pipitku.Biar puas hati Jihyo tu sikit.
"Hah..kan cantik!.Kau beruntung tau sebab ada wajah cantik macam ni.Petik je jari,bertimbun lelaki beratur." Bertubi-tubi pujian yang diberikan oleh Jihyo.
"Hmmm...Aku nak Suho je.." Mula perangai nakal ku keluar.
"Amboi!!..mm..yelah Bella!Orang dah ada boyfriend katakan."
Setelah tiba dirumah,Aku mengatur langkahku ke dalam.Sejurus sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah,Aku melihat papa sedang berdiri terjegat di ruang tamu sambil memerhatikan aku lagi.Ini mesti nak marah aku lagi.Papa ni ada deria penat ke tak ni?.
Tanpa berlengah,aku terus naik ke atas..
"Bella." Papa memanggilku.
Langkah ku terus terhenti dan terus menoleh ke arahnya.
"Papa nak apa lagi? Bella dah penatlah nak bertengkar."
Papa tidak beralih pandangan daripada terus memandangku.
"Papa minta maaf pasal semalam.Papa tak berniat pon nak marah Bella." Sayu suara papaku.
Aku beralih pandangan dan meneruskan langkah ku ke atas.Malas nak layan karena papa.
Papa masih tidak putus asa.Dia mengetuk pintu bilikku tanpa jemu.
"Bella,buka lah pintu ni.Papa nak cakap dengan Bella."
Pintu masih diketuk.Aku seperti biasa menunjukkan ego dan keras kepala.Sekali aku kena marah dengan teruk,sekali tu jugaklah aku merajuk dengan teruk.Perasaan Marah dengan papa masih belum hilang dihati.ianya masih terpahat di dalam.
"Bella.Janganlah macam ni.Papa minta maaf pasal semalam.Tolonglah buka pintu ni sekejap.Kalau Bella nak hukum papa,bella hukumlah.!papa terima."Rujuk papaku.
"Pergilah papa! Buat penat papa je ketuk pintu tu.Bella takkan buka pon.Bella taknak cakap dengan sesiapa malah berjumpa pon" Aku meneriak dari dalam bilik.
Setelah bersuara,bunyi ketukan pintu sudah tidak didengari lagi.Mungkin papa dah turun bawah or dah penat kot..ahh lantak arr! Buat apa aku nak ambil tahu pasal dia padahal aku pon dia tak ambil peduli!.
Hampir 24 jam pintu bilikku tidak dibuka.Hanya terkurung sahaja di dalam bilik.Kalau nak keluar,mesti ada je halangan.
"Ish..bosannya duduk rumah ni.Aku ni dah macam banduan duduk dekat penjara dah! Ish..dah seharian aku terkurung dekat dalam bilik ni.hmm nak keluar ke tak nak ek?..kalau aku keluar nanti kena hadap pulak dengan anak pungut tu.arr lantaklah! Keluar jelah"
Aku memulas tombol pintu bilikku.Aku turun ke bawah dan melihat keadaan sunyi sepi.
"Papa?? Asal sunyi je?? Diorang keluar ke?" Pelbagai soalan yang berada di dalam fikiran ku.
Aku mencari ke ruang dapur tetapi tiada jugak.
"Cari apa tu?" Bunyi suara yang garau di belakangku.
"Arghhh!!!" Aku terperanjat beruk. Terus ku toleh ke belakang dan melihat lelaki itu.Rupanya Ad.
" kau ni xde salam ke?" Tengking ku.
"Ye..bella cari apa?"
"Papa mana?" Soalku dengan kasar.
"Papa kan pergi outstation dekat Hong Kong."
"Biar betul?berapa hari?" Riak ku amat terkejut.
"2 minggu"
"Hah?!"
Tbc.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...