BAB 20:Air mata

37.7K 888 47
                                    

Ad menarik pergelangan tanganku sehingga ke dalam officenya.

"Awak ni dah kenapa Ad?? Saya pergi makan je dengan dia.Salahke?" Aku naik bengang.

"Eh aku tak kisah lah kau nak makan dengan dia ke nak bercinta dengan dia ke..Aku memang tak kesah!!..Kau fikir aku hamak sangat ke spesis perempuan macam kau ni? Eh dekat luar sana berlambaklah perempuan macam kau ni.Aku petik sekali,beribu yang datang!"

"Habistu asal awak tarik saya datang sini kalau awak tak kisah?? Tolonglah Ad..jangan terlalu riak sangat dengan apa yang awak ada! And lagi satu saya nak cakap dengan awak,Jangan mempermainkan perasaan kaum hawa.Sebab saya sendiri pon daripada kaum hawa"

"Lebih baik kau tutup mulut kau sebelum aku yang tutup kan" ugutnya lagi.

Tubuhnya makin menghampiriku.Sekali lagi pipiku ditampar oleh tangannya sendiri.Aku dapat merasakan bibir bawah ku pecah.Darah mengalir ke dalam mulut.

"Kau jangan nak kurang ajar lah perempuan!" Tengking Ad.

Aku mengelap sedikit cebisan darah pada bibirku yang pecah itu menggunakan ibu jari.Aku menarik nafasku sedalam-dalamnya kerna tidak mahu air mataku berkaca.

"Macam ni lah Ad,kalau awak dah cintakan Joy, dah sayang kan dia..Awak halal kan lah hubungan awak dengan dia.Saya pon tak sanggup nak tengok awak asyik berbuat dosa berterusan.Takpe,demi kebaikan awak dan dia,saya tak halang kalau awak nak kahwin dengan dia.Saya lebih rela tengok awak dengan perempuan lain daripada tengok awak berterusan buat dosa"  kelopak mataku sudah penuh dengan air mata,hanya tungggu dia jatuh sahaja.Tetapi aku cuba untuk elakkannya dari mengalir ke pipi.

Ad terdiam.Dalam hati mesti sudah bersorak riang..

Aku sudah tidak larat untuk menahan air mataku yang sudah membanjiri kelopak mata.Aku pantas berlalu pergi dari situ, tetapi Ad menarik tanganku perlahan.Tidak pernah aku merasa pegangan tangan yang lembut seperti ini daripadanya.Aku terkesimar dengan perbuatannya.Sungguh lembut.

Kami berpandangan antara satu sama lain.Dia terus mengesat air mataku yang laju mengalir di pipi.Aku terkejut..

Aku menatap matanya.Lama aku merenung

"Aku taknak pekerja lain nampak kau menangis.Nanti apa pulak yang diorang fikir nanti!" Jawabnya.

Aku tersentak dari lamunan

Aku pon menarik pintu office nya untuk keluar.

"Aku memang dah janji dengan Joy untuk kahwin dengan dia.Kalau kau tak izinkan aku kahwin dengan dia,aku akan tetap kahwin dengan dia jugak" Tambahnya lagi

Langkah ku terhenti seketika.Sebak di hati hanya tuhan sahaja yang tahu.Air mataku makin deras mengalir.Kenapa dia buat aku seperti tiada hak sebagai seorang isteri? Jadi,apa fungsiku bergelar isteri?

Aku terus melangkah keluar dari situ tanpa berkata apa-apa.

Ad menarik nafas nya.Kemudian dia menghembus kembali.Dia melonggarkan sedikit tali lehernya lalu bersandar pada kerusi yang empuk.Anak rambutnya yang sedikit terselak pada dahi,ditepis olehnya.

"Apa kena dengan aku ni??Asal aku tiba-tiba rasa macam ni dengan dia eh? Sebelum ni tak pernah pon..Ah!!lantak dia lah nak keluar dengan siapa pon..Yang aku lebih-lebih kenapa? NO..NO! aku tak jatuh cinta dengan dia!No! Tak boleh!" Ad berkata sendirian di dalam officenya.

AD melangkah masuk ke dalam kawasan perkuburan arwah ibu dan bapanya untuk diziarahi.

Sewaktu Ad hendak menuju ke kubur ibunya,Tiba-tiba Ad ternampak seorang lelaki berkopiah sedang duduk di tepi kubur sambil membersihkan daun-daun kering.

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now