BAB 36:Lafaz

28.3K 713 84
                                    

loceng pada rumahku berbunyi menandakan ada seseorang di luar.Aku terus menyarungkan tudung dan berjalan menuju ke arah pintu.

Terpampang seorang wanita yang mengenakan seluar jinnya yang agak ketat serta memakai baju yang tidak mempunyai lengan.Wanita yang aku kenal,Joy.

"Kau buat ape dekat sini??"Soalku tanpa mengukirkan senyuman di wajah.

"aik?? kau fikir ini rumah kau ke??ini rumah bakal suami aku!"

"bakal suami?? maaflah,aku rasa kau dah silap rumah ni.Lebih baik kau baliklah,tak malu ke?!" Aku mahu menutup pintu semula tetapi pelakuanku terhenti apabila Joy menunjukkan beberapa keping gambar padaku.

"Kau rasa bila Ad tengok gambar ni, apa reaksi dia bila dapat tahu yang isteri misali dia ni bohsia dah kena rogol.. mesti dia benci kat kau, halau kau dari rumah ni dan yang paling penting sekali,dia akan ceraikan kau..oppss sorry,terlebih pulak."

Aku pantas merampas gambar itu namun tetap gagal.Berderau darahku apabila melihat pelakuan Joy sebegitu.

"eh eh..kau nak gambar ni ke?? Ataupun kau takut kalau aku tunjukkan gambar ni dekat Ad??HAHAHAH..orang dah buat salah mestilah takut kan??"

"Joy,apa kau buat ni??kau tolong jangan rosakkan rumah tangga orang boleh tak??Lebih baik kau pergi dari sini sebelum aku telefon polis!"Aku menjerit.

"uishh,takutnya..tapi aku rasa kau akan lebih takut kalau Ad tahu pasal kau, betina!!Aku bukan apa, aku cuma taknak cinta hati aku tu berterusan kena tipu perempuan yang takde maruah macam kau ni!"

Setiap perkataan dan kata-kata yang keluar dari mulut perempuan yang bernama Joy itu amat menyakitkan hati.Tanpa berfikir apa-apa,tanganku pantas menampar pada pipinya!

"lebih baik kau berambus dari sini!" Jeritku

"kau ni kan jangan cabar aku lah perempuan!"Joy menolak dadaku tetapi mujurlah aku tidak terjatuh kerana Ad tiba dibelakangku dan menahan tubuhku yang hampir rebah.

"Joy!!Apa you buat dekat sini!Jangan buat kecoh boleh tak??I rasa you ni dah gila lah!" Teriak Ad dengan nada yang kasar.

"Gila??I rasa you yang dah gila!!You gila sebab you percayakan 100 peratus dekat perempuan ni sampai apa yang dia buat dekat belakang you pun you tak tahu.."

"Ad,kita tak payah layan orang macam dia ni, dah jom kita masuk" Aku cuba untuk membuat Ad tidak mempercayai kata-kata Joy. Biarlah Ad tahu dari mulut aku sendiri,Aku taknak dari orang lain terutamanya pada Joy.

"Asal?? kau takut??kau takut yang Ad tahu cerita sebenar??"Soal Joy dengan riak wajahnya yang penuh psyko.

Ad berkerut.

"Joy,please lah..lebih baik you balik. Tak payahlah nak menfitnah fitnah orang ni..I tak suka.." Jawab Ad lembut.Cuba untuk menyebelahiku.

Setiap jari jemariku mulalah menggigil ketakutan.Tolonglah jangan sekarang..Bila tiba saatnya,aku sendiri yang akan menceritakan hal sebenar padanya.

"Ad,tak payahlah layan dia..Awak percayakan saya kan?? Jomlah kita masuk!"

"Mesti you nak tahu cerita pasal isteri kesayangan you ni kan??dont worry,I akan ceritakn dekat you!"joy menghampiri Ad.

Aku menarik tangan Ad agar tidak melayan karenah Joy itu.Tetapi, Ad seolah-olah mahu mendengari apa yang hendak dikatakan oleh Joy.

"Bella, sekejap. Kita dengar apa yang dia nak cakap dulu. You nak cakap apa?? cepatlah I bagi peluang!"

Joy tersenyum lebar.

Aku memejamkan mata, satu persatu air mataku jatuh di pipi.

Joy memberi beberapa keping gambar kepada Ad. Gambar yang sangat sangat membuka aibku. Gambar yang sangat intim di atas katil,dan sebilik bersama Suho

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now