BAB 28:Pujuk

32.3K 856 33
                                    

"Sampai bila kau nak macam ni?? Terperap je dekat dalam bilik!Kau kena redha..kau tahu tak apa yang kau buat sekarang ni dosa!" Ad membuka tirai tingkap untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam bilik yang gelap itu.

"Berapa kali saya nak cakap,saya dah redha dengan semua ni!" Aku berselubung di dalam selimut.

"Mulut je yang cakap macam tu! Tapi hati kau kata tidak!!"

Aku hanya mendiamkan diri di dalam selimut itu.Aku pun tidak tahu sama ada aku redha atau pun tidak.Papa pergi secara mengejut.Siapa yang tak sedih? Cuba cakap!........Allahu!!

"Bella..tolong lah jangan macam ni" Ad duduk di birai katil.

Selimutku diselak lembut olehnya.

"Awak nak apa? Jangan kacau saya boleh tak?"

"Sudah-sudahlah tu!..Dah 2 minggu papa pergi tapi kau tetap macam ni.Berkurung dalam bilik!"

"Senang nye awak cakap? Awak tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni!Saya ni anak dia tau!! Saya membesar dengan dia waktu mama takde! Susah senang,saya dengan dia! Awak tahu ape?" Aku duduk menghadapnya.

"Ouh..macam tu? Habistu aku ni apa? Bukan anak dia?? Tunggul kayu?"

"Awak tu anak angkat dia je.. Awak tak rasa macam mana jadi anak kandung.Darah daging dia!"

Ad terdiam.Tiada lagi jawapan dan bantahan dari mulutnya.Salah ke apa yang aku cakap ni??Aku pun turut terdiam.Arr!!dia sentap?..Aduh..asal aku tetiba emo ni??

"Okay..aku sedar diri.." Ad mula bangun dan menapak keluar dari bilik itu.

Allah...Apa nak jadi aku ni?derhaka pada suami??Huh.....

Aku membenamkan kepala pada telapak tanganku.

"Ya allah..Kalau inilah dugaan yang kau bagi aku,aku terima ya allah!aku tahu kau takkan uji hambamu melebihi kemampuannya.Ya!aku redha..

        "AWAK....." aku menyapa perlahan apabila melihat Ad yang sibuk mengacau air panasnya.Lembut sedikit suaraku

Dia buat pekak seperti tiada siapa di belakangnya.Dengar ke tak ni??ish!.mungkin tak dengar kot.Takpe,try again!

"Awak.." suaraku dikuatkan sedikit.Hendak bagi dia dengar.

Buat tak tahu lagi.Ad masih mengacau airnya lagi tanpa memandang ke arahku.Lamanya dia kacau air..ish!

"Awak!" Aku besarkan suaraku.Suaraku tadi agaknya jiran sebelah pon boleh dengar.Kalau dia tak dengar juga,agaknya dia sengaja je kot.Haish..dah macam tunggul aku duduk sini.

Selepas habis mengacau air,Ad mengambil gelasnya lalu menuju ke ruang tamu tanpa memandangku.Jeling pon tidak.Eh?? Aku besar macam ni pon dia tak nampak ke??Marah betul dia dengan aku.Ad tak pernah macam ni pon selama ni.

Aku tetap tidak putus asa!.Aku mengekorinya sehingga ke ruangan tamu.Dia duduk di sofa.Komputer riba di atas meja terus dibuka olehnya.Dia macam buat-buat tak nampak je??.Fokus pulak tu buat kerja.

"Awak marah saya ke??" Sayu sedikit suaraku.Aku duduk di sebelahnya.

Papan kekunci tidak berhenti ditekannya dengan tekun.Sesekali air panas ditepi meja dihirup juga.

Aku redakan sedikit keadaan.Rambutku yang terkeluar dari ikatan diselak ke tepi telinga.

"Awak..saya cakap dengan awak ni!"

Masih lagi fokus dengan komputernya.Langsung tidak menoleh untuk memandangku.Aku rasa dipinggirkan.Penat aku bercakap dengan dia tapi dia buat tak tahu je!

Isteri Pakai Buang✔️Where stories live. Discover now