Pintu bilik air dipulas oleh ku buat kali yang ke tiga.Aku terus berlari ke arah sinki untuk memuntahkan segala yang terasa mual pada tekakku.Sudah 3 kali aku muntahkan semuanya,tetapi rasa mual ditekak tetap kuat.Lemah badanku dibuatnya.
"Bella??..awak okay tak ni??kita pergi klinik lah!" Panik Ad apabila melihat aku terus- terusan muntah tanpa henti.
aku berasa penat.Tisu yang terletak di atas meja ditarik olehku lalu disapu pada mulut.
"Saya okay lah..awak tak payahlah risau,mungkin saya salah makan kot tadi.." Tercungap sedikit semasa aku berbicara.
Ad terus merapatkan tubuhnya padaku untuk duduk di birai katil. Dahiku dipegangnya lalu jatuh ke leher seolah olah mahu merasakan suhu badan.
"Pergi klinik lah..Saya tak boleh tengok awak macam ni.."
"Taknak..Saya tak larat.Saya nak rehat,saya nak tidur." Jawabku sambil memejamkan mata untuk menghilangkan rasa lemah dan penat.
"Kalau awak tak larat,saya dukunglah..Dah jom!" Ad terus menarik tanganku untuk didukungnya tetapi ditolak pantas olehku.
"Eh awak ni!..Tak payahlah sampai nak berdukung bagai.."
"Dah tu?? Jomlah!" Paksa Ad.
"erm, Ok fine! awak tunggu kat bawah dulu, saya nak tukar baju." Jawabku acuh tidak acuh.
"Eh, apa salahnya kalau saya tunggu dekat dalam bilik ni??"
"Saya nak tukar baju!" aku cuba untuk berdiri.
"Takpelah, saya ni suami awak,jadi tak salahlah kalau saya nak tengok isteri saya tukar baju,"
Mataku terbeliak.
"Jangan nak mengada boleh tak?? tunggulah dekat bawah..Buat masa sekarang saya tak larat nak romantik-romantik ni.."
"Ok fine..saya tuntut hari lain!"
Aku tergelak kecil semasa Ad melangkah keluar dari bilik.
AKU terus bangun dari katil setelah selesai diperiksa oleh sorang doktor perempuan.
Ad membukakan kerusi untuk aku duduk berhadapan dengan doktor itu
"Kenapa dengan isteri saya doktor?? Serius sangat ke sakit dia ni?? dia keracunan makanan ke??" Soal Ad bertubi-tubi
Doktor itu tersenyum melihat karenah Ad.
"Ad, janganlah gelojoh..tunggulah apa yang doktor tu nak kata!" tegurku
"erm, maaflah doktor! Saya bukan apa,saya risau dengan isteri saya ni..Dia muntah-muntah banyak kali sampai buat saya risau!".
Doktor itu mengganguk menandakan dia faham akan situasi Ad sekarang.
"Encik janganlah risau sangat sebab ini adalah simptom awal bagi wanita hamil!"
Ad tercengang seolah olah tidak percaya.Berderau darahku apabila doktor itu mengesahkan aku mengandung.Mataku terbeliak apabila mendengar perkataan hamil..Hamil.? aku hamil??? Katakanlah semua ini tidak benar! .
"isteri saya mengandung??" Aku dapat melihat air mata Ad yang berlinangan kerana terlalu gembira
"Ya encik, isteri encik mengandung. Kandungannya baru 2 minggu"
Ad tersenyum sambil memegang erat tanganku.
Tapi aku langsung tidak mengukirkan senyuman.Malah aku lebih murung dan termenung. Kenapa aku perlu mengandung saat saat begini?? Kenapa!!!Aku seolah olah berada di alam mimpi!. Bukan aku taknak anak ini,tapi aku sendiri pon tidak pasti mana satu bapa kandungnya. Kalau betullah kandungan ini anak Su..Su..Suho,Macam mana dengan Ad?? Aku tak pernah tengok Ad gembira seperti ini.Tergamakkah aku sampai nak hancurkan saat gembira orang aku cintai?? Aku taknak!!
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...