Aku termenung sambil duduk di kerusi untuk menunggu maklumat daripada doktor tentang Papa.Hampir 2 jam aku menunggu di luar.Sedih mengenangkan nasibku.Aku anak haram.Aku bukan orang yang baik.Ditambah lagi dengan papa yang tiba-tiba kena serangan jantung disebabkan aku.Aku memang anak tak guna!Kalau aku tak buat macam tu,semua ni takkan jadi.
"Bella...papa kau macam mana?kenapa boleh jadi macam ni?" Jihyo berlari anak menuju ke arahku.Aku melihat dia betul-betul cemas
Aku bangun lalu tubuhnya aku peluk dengan erat.Dia lah tempat aku mengadu jika ada masalah.Aku bersyukur kerana tuhan kurniakan sahabat dan kakak seperti dia untukku.
Aku menangis keesakkan pada bahunya.Menitis-nitis air mata ku jatuh pada bajunya.
"Aku tak tahu nak buat apa lagi weh..dia tiba-tiba kena serangan jantung...ini semua salah aku jihyo..Aku bodoh sangat.Terlalu emosi!"
"Janganlah salahkan diri kau! Ini semua takdir.." pujuknya lagi.
Aku menyeka air mataku dengan suara yang tersedu-sedu.Selang 15 minit,Doktor datang menghampiri kami dengan memegang kertas dan pen.Doktor itu terus menanggalkan topeng mulutnya.
"Doktor..papa saya okay kan?" Terburu-buru aku bertanya
Doktor itu diam.Aku perasan dia menarik nafasnya sedalam-dalam.Macam ada yang tak kena.Hatiku sudah berdegup laju.
"Doktor say something please!"
"Macam ni lah..ayah puan tengah tenat sekarang ni.Degupan jantung dia betul-betul sangat lemah.Saya minta maaf puan,ini sahaja yang saya mampu buat untuk ayah puan."
"Allah!!..doktor..please takkan takde cara lain untuk dia?? Saya merayu sangat dekat doktor..tolonglah saya." Suaraku sudah mulai pecah diikuti air mataku juga.
"Saya minta maaf puan..jantung ayah puan tu memang sangat teruk seumpama jantung orang yang berumur 100 tahun.Saya tak boleh buat apa..kita serahkan lah pada yang esa ya.." jelas doktor itu lagi.
"Doktor..setahu saya,papa saya takde penyakit jantung ni semua..macam mana dia boleh kena serangan jantung pulak ni?" Soalku
"Hah? Takde penyakit jantung? Tapi,Ayah puan memang ada penyakit jantung yang kronik and sepatutnya dia kena check- up tiap-tiap bulan dekat sini tapi dia dah lama tak datang.."
Terperanjat aku mendengar penjelasan dari mulut doktor pakar itu sendiri.Aku sudah terduduk pada kerusi.Jihyo menggosok-gosok bahuku untuk ditenangkan.Allahuakhbar..kenapa papa rahsiakan semua ni daripada aku? Kenapa banyak sangat rahsia?Aku anak dia..
AKU menatap wajah insan yang kusayang dengan penuh sayu.Tidak sampai hati aku melihat dia terbaring di atas katil dengan hidungnya dilekatkan alat bantuan pernafasan.
"Papa kuat..papa kena lawan penyakit ni!! Jangan biar penyakit ni menang pa.." aku memeluk erat tangannya.
Terdengar pintu dibuka perlahan oleh Ad,dia meluru masuk ke dalam WAD ICU itu.Makanan bungkusan yang dibawa olehnya diletak ke atas meja
"Bella..sudah lah tu!..pergilah makan.Perut kau kosong tu.Nanti kalau sakit macam mana?" Ad menghampiriku
"Kalau awak nak makan,awak makan lah dulu,saya takde selera nak makan."
"Jangan ikutkan hati sangat boleh tak? Jangan degil! Aku ada bawa makanan ni..makan lah.."
"Aku menggeleng.Mataku masih lagi menatap wajah papa.
"Haish kau ni.." Ad lantas membuka bungkusan makanan itu lalu menyenduk satu sudu nasi ke arahku.
Aku masih diam.Dibiarkan Ad menghulur suapan itu.
YOU ARE READING
Isteri Pakai Buang✔️
Romance|TAMAT| Aku Bella. Aku tidak menafikan yang diriku sangat sosial,tetapi itu tidak bermakna tubuh badanku mudah disentuh oleh mana-mana lelaki termasuklah teman lelakiku sendiri,Suho.Hidupku sangat dikawal oleh abangku,Adrian Sufi.Bukan abang kandun...