Ayah ambil angah lepas jumaat. Selalunya pada waktu ini waktu dia dan kawan-kawannya tidur.
Setelah digerak daripada tidur, dia menyalami muallimah dan pergi mengambil beg ultramannya. Dia mencari pula selipar supermannya. Superman diterima ramai peminat walaupun memakai pakaian dalam di luar.
Mujur adik tidak seperti superman. Seluar yang dipakainya hanya terbalik. Bahagian belakang berada di hadapan dan bahagian depan berada di belakang.
Ayah teringat tempoh hari, ayah pergi ke kedai makan memakai selipar yang bukan pasangannya. Ayah rasa orang tidak peduli kerana pemain bola sepak pun memakai kasut lain warna. Yang bezanya, selipar ayah saiz tidak sama.
Emak dan anak-anak hanya gelak tengok ayah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....