Hidup ini penuh warna-warni, bukan satu atau dua warna sahaja.
Warna-warni bukan milik seseorang atau dimiliki satu kumpulan atau kelompok sahaja, warna-warna milik kita semua. Bukankah Allah s.w.t mengurniakan pelangi yang warna-warni untuk kita semua nikmati? Cantuman warna membuatkan pelangi begitu indah. Begitu juga kita manusia yang walaupun berbeza, tetapi kita saling melengkapi bagaikan warna pelangi. Barulah hidup kita bertambah indah.
Hiduplah kita seperti pelangi indah berwarna-warni yang saling melengkapi.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....