Achik ada satu fiil baharu sekarang ini.
Salah satu perkara yang dia akan buat sebelum tidur pada waktu malam, dia akan tengok dan belek-belek buku. Nak baca, dia masih belum pandai membaca. Dibeleknya buku 'Oh, Semua A! Alam Sekitar dan Hidupan' yang ditulis oleh Hwang Keun Ki, terbitan PTS. Salah satu faktanya ialah sel yang paling besar di dunia ini ialah telur burung unta. Tindakan yang seterusnya, tengok telur burung unta dalam 'Youtube'. Nak pecahkan telur burung pun jenuh juga. Jumpa pula chef yang memasak telur burung unta. Akhirnya, ayah, achik dan angah ralit tengok Chef Burak Ozdemir memasak. Kemudian, cari di Instagram -@cznburak.
Di Kuantan, nak tengok burung unta, bolehlah ke Taman Teruntum dan Bukit Gambang Resort City. Tempat lain di Kuantan, ayah tak tahu. Kalau ada tempat jual telur burung unta lagi bagus, goreng boleh penuh satu talam.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....