Apa-apa sahaja boleh jadi permainan. Abang bermain dengan satu bekas bulat yang kecil.
Dia meletakkan bekas itu pada mulutnya danmenyedutnya. Bekas itu melekat pada mulutnya. Ke hulu ke hilir dia berjalan di ruang tamu dalam keadaan yang begitu. Sekejap-sekejap dia datang menunjukkannya kepada ayah.
Nanti ayah boleh ajar dia pula memuncungkan mulut dan mengepit pen atau pensel di tengah-tengah di antara mulut dan hidung. Sekarang agak sukar untuk ayah mengulangi perkara itu kerana misai ayah yang melebat.
Cubalah mengulangi kenangan zaman sekolah dengan membuatnya sekarang. "Jangan tunggu sampai esok," kata Court Mammoth satu ketika dahulu.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....