Rambut anak-anak ayah sudah melebihi paras telinga. Maknanya rambut mereka perlu digunting supaya lebih kemas.
Sampai di kedai gunting, mujur tukang gunting hanya tinggal satu 'kepala' sahaja untuk dirapikan.
Ayah menyuruh anak-anak ayah lekas turun kereta. Langit menghampiri warna oren. Mujur tukang gunting menerima kami.Dia menghentikan kerjanya sebelum azan berkumandang.
"Nombor tiga," kata ayah.
Tiba giliran adik, ayah mengangkatnya ke atas kerusi. Rambutnya yang paling lebat. Dia menangis kerana sudah lama tidak ke kedai gunting rambut. Cepat-cepat rambutnya yang beralun dimesin tukang gunting.
Alhamdulillah, selesai ketiga-ketiganya. Selesai juga adik menangis. Setelah ayah membayar sepuluh ringgit, kami pun bergerak. Sambil itu ayah bertanya abang tentang jenis kereta yang berada di parkir.
"Kereta golf," jawab abang.
Entah dari mana-mana tiba-tiba kereta yang digunakan di padang golf ada di situ. Zaman maklumat di hujung jari, banyak perkara anak-anak zaman sekarang belajar dan tahu.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....