Tanya nenek kepada pemandu kereta 'buggy', "Kata Bukit Bendera, mana benderanya?" "Ada dekat dua tempat," jawab pemuda berbangsa India dalam loghat Utara.
Umi membeli tiket dalam talian, lebih cepat. RM 5 untuk kanak-kanak dan warga emas (60 tahun ke atas). RM 10 untuk dewasa. Untuk lebih cepat, ada 'Fast Lane'. Harga tiketnya RM 40 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak harganya RM 20 dan untuk warga emas (60 tahun ke atas), harganya tetap sama, RM 5. Untuk meronda di sekitar Bukit Bendera boleh menaiki kereta 'buggy' dengan harga RM 30.
Kesempatan yang ada digunakan untuk bergambar sebelum kereta gantian sampai kerana tayar kereta 'buggy' pancit. Jom ke Bukit Bendera!
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....