Terima Kasih

6 0 0
                                    

Alhamdulillah, setelah empat hari di wad, Achik dibawa balik Umi petang semalam. Terima kasih Umi.
         Sampai sahaja, dia duduk mencapai buku. Rindu pada buku gamaknya. Ayah dan umi lupa bawa buku untuknya semasa di wad. Walaupun tak pandai membaca, dia menyelak-nyelak komik seperti sedang membaca. Apabila masuk hospital, kita boleh nampak begitu sabar jururawat dan doktor melayan kerenah pesakit. Satu kerjaya yang mulia. Terima kasih kepada jururawat dan doktor di DMMC dan di mana-mana yang bergelar doktor dan jururawat.
        Terima kasih kepada semua yang mendoakan Achik. Petang tadi ayah bawa Achik dan Adik singgah ambil angin di Pantai Kempadang  selepas balik dari klinik dan Achik gembira bertemu Syasha kembali.

Cerita AyahWhere stories live. Discover now