Alhamdulillah. Atuk, opah, pak ngah, pak su dan mak su sudah sampai.
Pagi-pagi tadi kami menghantar mereka ke KLIA. Kali pertama, adik sampai di sini. Tahun 2016, atuk, opah, ayah dan umi pergi bersama-sama. Kami dulu transit di Bangladesh dahulu. Kata umi rasanya macam baru pergi sahaja. Atuk, pak ngah dan pak su terus pakai pakaian ihram sebab terus ke Makkah. Kami dulu ke Madinah terlebih dahulu. Satu perkara yang ayah rasa seperti tergantung ialah ayah hanya kongsikan pengalaman di Madinah. Pengalaman di Makkah tidak ayah siapkan dan kongsikan.
Perasaan yang sukar digambarkan apabila berada di sana apatah lagi buat kali pertama menatap Kaabah. Semoga atuk, opah, pak ngah, paksu dan mak su dapat beribadat dengan tenang dan dipermudah segalanya oleh Allah swt.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....