Hari Keluarga waktu yang terbaik untuk sampai ke Janda Baik.
Suasana kampung yang menarik di kiri dan di kanan jalan sangat mengujakan kami. Umi bertambah teruja melihat durian. Untuk sampai ke Saufiville agak mencabar bagi pengalaman kali pertama dan anak-anak bertambah teruja melihat kolam yang lebar dan panjang di banglo. Dingin terasa dan berada di puncak sudah tentulah sejuk terasa. Meriah dengan sukaneka dan bertambah meriah main air. Lepas makan malam dan menikmati kopi di beranda, penyampaian hadiah dan anak-anak main bola beracun.
Anak-anak juga dapat main congkak, main dengan pak teh. Perkara ini cukup bagus, anak-anak dapat main permainan tradisional. Dulu-dulu, korek lubang congkak di bawah rumah. Guna buah biji getah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....