Semalam Hari Wanita. Hari ini hari lahir emak.
Wanita pertama dalam hidup kita sudah terang lagikan bersuluh, tentulah ibu kita. Wanita yang bernama ibu memainkan peranan yang cukup besar dalam hidup kita. Ibu tidak pernah melupakan kita dalam doa mereka dan begitu juga yang sepatutnya kita lakukan setiap kali berdoa. Begitu banyak lagu yang menggunakan judul nama wanita. Banyak juga dengan lagu yang menggunakan kalimat ibu, bonda, emak, umi dan mama.
Wanita sememangnya penting dalam kita. "Cikgu ingat lagi tak nama saya?" tanya anak murid perempuan yang tidak lagi diajar ayah. "Terlalu banyak perempuan dalam hidup saya, jadi sebab itu saya tak ingat nama awak!"jawab ayah. Jangan marah!
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Historia CortaKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....