Lauk tengah hari ini tomyam ayam dua ketul. Ayah cakap pada Achik, dia boleh terbang sebab ada dua kepak. Dia cakap itu bukan kepak, itu ayam.😅
Makanan tengah hari di dalam tray besi dan sewaktu di asrama dulu, tray ialah benda yang penting dan tempatnya paling atas di dalam lokar. Selepas makan, tray dibasuh sendiri dan itu salah satu asuhan penting supaya apabila balik ke rumah, dapat tolong ibu bapa. Hari minggu, kami bersihkan bilik dan cuci tandas mengikut giliran bilik. Sendiri guna, sendiri bersihkan.
Umi sampai, Achik mahu umi menyuapnya makan. Tangan kanannya dicucuk dan dimasukkan jarum (branula - ayat rujuk artikel Mohamad Azrin (Jururawat) dalam 'www.thereporter.my'). Doakan Achik cepat sembuh, Insya-Allah.
.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....