Ayah sampai di rumah, dua ekor ayam mutiara ada di luar reban. Semalam baru umi tanya. Jadi, ayah lepaskan lagi seekor.
Apabila sudah di luar reban, ketiga-tiga ekor terbang naik ke atas reban. Selalu kita dengar tentang fikir di luar kotak. Yang ayah nampak sekarang, fikir di luar reban. Salah seekor ayam mutiara terbang tinggi. Tinggi mana? Ayam mutiara sudah di atas bumbung. Macamlah juga kita dan anak-anak kita. Kita perlu berubah untuk meningkatkan potensi diri.
Kita tetap berada pada tahap yang sama jika tidak menambah ilmu. Kita tetap berada pada tahap yang sama jika berkawan dengan orang yang sama. Kita tetap berada pada tahap yang sama jika kita berada di persekitaran yang sama.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....