Sudah 27 tahun, penyanyi kesayangan kita, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad meninggalkan kita (22 Februari 1992).
Hari ini, dalam Harian Metro (Dari Hati Saodah Ismail, ditulis oleh Ridzuan Abdul Rahman) memaparkan tentang pelancaran buku Sudirman Yang Kukenali, tulisan Saodah Ismail (bekas wartawan Hiburan akhbar Harian Metro dan Berita Harian) yang dilancarkan oleh Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad. Lagu 'Balik Kampung' sering meniti di bibir kami sewaktu zaman sekolah dan kami cukup bangga apabila dapat minum air tin jenama 'Sudi'.
Begitulah hidup ini, suatu masa kita akan menjadi kenangan. Setiap masa perlu kita ingat, apa-apa yang kita bina di sini, kita akan bawa ke sana. Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....