Banyak perkara baharu akan kita tempuhi dalam kehidupan kerana tidak sengaja, kerana tanggungjawab, kerana umur semakin meningkat dan disebabkan perasaan ingin tahu.
Ada masanya, perkara yang kita lalui itu sememangnya rutin atau kerja kita. Ada masanya, perkara yang kita pernah hadapi, kita berharap tidak akan melaluinya lagi. Achik pula dengan nada sedih memberitahu umi bahawa abang telah menekan punat pam tandas. Kesukaannya sekarang ini ialah menekan punat pam tandas sejak tidak memakai lampin pakai buang. Itu salah satu perkara baharu yang menyeronokkannya pada masa ini.
Pengalaman baharu akan datang walaupun tidak dipinta. Cubalah dahulu melaluinya sebelum berkata 'tidak', mungkin itu pengalaman yang menyeronokkan dan membuatkan hidup kita lebih indah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....