Kita memang tidak sama. Kita tidak sama kerana kita punyai sudut pandang yang berbeza.
Ayah baru membaca sedikit buku Hidup Untuk Menang, karya Razzi Armansur. Dalam buku ini digunakan istilah 'modality'. Maksudnya, cara kita berkomunikasi dengan orang lain , diri kita sendiri dan cara kita menerima komunikasi. 'Modality' disebut sebagai 'tunggangan'. Komunikasi dan keadaan itu dihantar ke dalam fikiran menggunakan lima jenis 'tunggangan' iaitu, gambaran (visual), pendengaran (auditory), sentuhan, rasa dan bau. Kebanyakan daripada kita guna tiga iaitu, 'visual', 'auditory' dan 'kinestetik'. Sebab itu, ada orang cakap kereta cantik, ada orang cakap bunyi kereta mengagumkan dan ada cakap tempat duduk lembut dan luas.
Walaupun berbeza pandangan, ada perkara atau isu yang memerlukan kita bersama-sama dan bersatu padu apabila melibatkan isu besar seperti ICERD. Ini melibatkan kita semua. Jika bukan kita, siapa lagi?
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....