Untuk memakaikan lampin pakai buang ada kalanya cukup mudah, ada kalanya adik melarikan diri atau menendang-nendang kakinya di atas angin sewaktu dibaringkan.
Ayah menyanyikan lagu 'satu labah-labah cuba panjat perigi' yang selalu dinyanyikan emak dan adik pun mengayun-ayunkan tangan. Lampin pun berjaya dipakaikan. Ada masanya lagu tidak berkesan.
Emak menghulurkan patung 'Gopal' dalam cerita Boboiboy dan menyuruh ayah menggigitnya. Ayah terpinga-pinga. Tangan ayah masih cuba memegang adik yang meronta-ronta. Ayah mencapai 'Gopal' dan menggigitnya. 'Gopal' tergantung pada mulut ayah dan adik berhenti meronta-ronta dan memandang ayah. Ayah lekas-lekas memakaikannya lampin.
Esok entah apa-apa pula yang perlu digigit ayah untuk menarik perhatian adik.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....