Kami disambut bendang luas terbentang.
Kemarau mengeringkan sebahagian bendang. Padi telah dituai. Ada juga baru menghijau. Panas seperti di Pantai Timur juga. Sesekali ditemani sedikit titisan hujan sepanjang perjalanan. Petang menjelang, terasa sayu melihat matahari maghrib mula tenggelam di celah pohon kelapa berlatarbelakangkan bentang yang kontang.
Bangau cukup setia menanti kerbau di bendang dan pulangnya berpasangan di langit senja.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....