Raudhah

5 0 0
                                    

Lepas ambil along yang 3 hari 2 malam menghadiri kem, kami terus ke bandar menyelesaikan  beberapa urusan.
        Hampir Asar, kami sudah berada di bangunan MPK. Hari ini baru sempat melihat Pameran Artifak Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a. Sebelum masuk, perlu mendapatkan tiket. Banyak pengunjung. Artifak yang dipamerkan disertakan maklumat untuk bacaan para pengunjung. Melihat bekas tapak kaki Rasulullah saw, melihat pedang yang digunakan para sahabat dalam peperangan dan memegang batu meteor antara pengalaman yang boleh dikutip.
         Ayah membawa Raudhah melihat Raudhah. Yang masih belum sempat mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a,  segeralah ke dewan bangunan baharu MPK. Pameran berlangsung sehingga 25 Disember 2018.

Cerita AyahWhere stories live. Discover now