Dalam hidup ini terlalu banyak nilai yang ada. Salah satu nilai yang sering diperkatakan ialah kejujuran.
Dalam buku Mutiara Kata
( susunan Adi Alhadi), Sigmund Freud menyatakan bahawa menjadi jujur sepenuhnya kepada diri sendiri ialah satu latihan yang baik. Virginia Woolf pula menyatakan bahawa kalau anda tidak boleh berkata benar tentang diri anda, anda juga tidak akan boleh berkata benar tentang orang lain. Untuk menjadi jujur ternyata memerlukan latihan supaya menjadi kebiasaan. Kejujuran kadang-kadang tergugat disebabkan faktor-faktor tertentu. Ada masanya kejujuran juga boleh dibeli bagi yang berkuasa atau dirampas begitu sahaja dengan bersahaja demi kepentingan diri.
Jika mahukan kejujuran tentang diri kita, bolehlah tanya anak-anak kecil kita kerana biasanya mereka tidak berselindung. Kejujuran itu perlu diasuh supaya tidak menjadi musuh.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....