Hujan tidak lebat sangat. Walaupun kami bertemu New Zealand terlebih dahulu, kami menuju terus ke Maran.
Sebelum ke New Zealand, tidak sah jika tidak singgah makan ayam kampung. Ayam kampung goreng yang baru keluar dari kuali cukup menyelerakan. Gerainya di bawah bukit. Di atas bukit, tersergam Masjid As-Syakirin.
Di belakang bukit, ada Chalet Daerah Maran yang terletak setentang dengan Tasik Maran. Di atas bukit seberang tasik tertulis huruf MHGR (Maran Hill Golf & Resort).
Sementara menunggu emak, atuk dan wan bersolat, ayah membawa anak-anak pergi ke taman permainan di Taman Tasik Maran. Dalam hujan rintik-rintik, anak-anak tetap mahu bermain.
Sewaktu naik kuda, tiba-tiba adik menangis sambil menggaruk-garuk. Ayah tengok tempat yang digaruk, rupa-rupanya adik digigit semut gatal.
Selepas itu, adik sambung main.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....