Malindo mendarat di bumi Helang. Sewaktu pesawat semakin hampir mendarat, kelihatan petak-petak sawah menembusi tingkap.
Abang sudah terlentok. Angah pun sama. Adik bermain cak-cak dengan kakak yang baru ditemui di tempat duduk belakang.
Ayah, emak, atuk dan nenek menikmati panorama yang bukan selalunya dinikmati setiap hari. Aidiladha ralit membaca buku.
Di dalam van, anak-anak pakat berlagu.
" Kerbau oh kerbau kenapa engkau kerbau?"
"Eh, macam tu ke lagunya?"
Masing-masing mengekek kelucuan.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....