Bertindak

4 0 0
                                    

Minggu yang begitu sibuk baru bermula. Ada lagi tanda nama yang umi perlu jahit.
Di mana-mana tempat pun, ceritanya hampir sama bagi yang berkeluarga, yang mempunyai anak atau adik yang baru masuk sekolah. Mereka mula dapat kawan baharu dan apabila ditanya, masih belum tahu nama kawan. Proses kenal-mengenal baru bermula dan mereka akan belajar satu demi satu. Bukan setakat cerita anak-anak sahaja, masuk tahun baharu, waktu terbaik bagi yang berazam untuk memulakan langkah atau memulakan tindakan. Masa akan terus berjalan tanpa mempedulikan kita.
Semalam pula, dilaporkan dalam Astro Awani, atlet Paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi mencipta sejarah sebagai atlet negara pertama dinobatkan sebagai Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018. Tahniah diucapkan. Atasi halangan, dakap kejayaan.

Cerita AyahWhere stories live. Discover now