Melangkah kaki ke kedai haiwan peliharaan, kami melalui 'Lebai Ali Food Street', kawasan tempat persinggahan burung merpati.
Achik mengejar burung-burung merpati dan burung-burung itu terbang dan hinggap beratur di atas tali elektrik. Dia tersengih. Dia bukan boleh duduk diam. Apabila kita memandang ke atas, akan nampaklah mural besar gambar salah seorang pahlawan yang mempertahankan tanah air tercinta, iaitu Mat Kilau. Sudah sampai masanya kita bersatu dalam apa-apa isu yang melibatkan agama, bangsa dan tanah air kita walau berbeza ideologi politik. Lihat merpati terbang sekawan, walaupun tak sama kumpulan, tetap bersama-sama berkongsi makanan.
Sama-samalah kita ingat pesan pahlawan kita, Mat Kilau,"Jaga agama, jaga keluarga, jaga negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara!"
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....