Yang menariknya kenduri zaman dahulu, lauk-pauk dimasak menggunakan kayu api.
Zaman dulu, persiapan cukup awal. Waktu cari kayu api cukup seronok, boleh ikut naik lori. Kalau di Felda, antara tempat cari kayu api ialah ladang getah. Pokok getah yang sudah mati ditebang dan dikerat-kerat sebagai persiapan. Kayu api ditutup supaya tidak basah ditimpa hujan atau diletak ditempat yang sesuai. Sudah tentu aroma atau bau masakan tidak sama apabila menggunakan kayu api berbanding dapur gas.
Datang rumah pak cik Hafiz, tengok pak cik Hafiz sedang memasak menggunakan kayu api. Menggamit nostalgia.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....