Rumah Felda masa mula-mula opah dengan atuk masuk Felda ada tangga kayu.
Duduk di atas tangga kayu waktu petang itu biasa. Jatuh tangga semestinya sakit dan tak silap ayah, opah pernah jatuh tangga waktu mendukung ayah waktu kecil (rasanya betul dah😅). Nak turun ke dapur pun ada tangga kayu. Nak tengok tangga batu yang lebih cantik tentulah di Negeri Melaka. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ada satu peribahasa pasal tangga. Peribahasa 'tolak tangga berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri' bermaksud baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia.
Untuk berada di tempat yang lebih tinggi, perlukan kita naik tangga atau mendaki. Untuk mendapat sesuatu yang lebih baik atau melihat pemandangan yang lebih indah, perlu sabar mendaki dan memijak anak-anak tangga.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....