Dua hari lepas kami balik, dari KLIA menghala ke Pantai Timur trafik agak perlahan.
Masih banyak kenderaan di jalan raya kerana hari sebelumnya berlangsungnya- #DaulatHimpunan812. Walaupun perlahan, tidaklah terlalu sesak dan kenderaan masih boleh bergerak kerana selesai perhimpunan petang Sabtu, sudah ramai yang bergerak balik. Selepas terowong, kenderaan sudah dapat bergerak seperti biasa. Hari ini pula pastinya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi tumpuan dan sesak, final pertama antara Harimau Malaya dengan Naga Emas, pada pukul 8.45 malam. Dalam radio pun, semangat Harimau Malaya itu sangat terasa dengan putaran lagu semangat yang tak henti-henti.
Bersatulah kita memberi sokongan kepada Harimau Malaya. Bersatu dan saling memahami itu penting untuk kepentingan kita bersama.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....