Manusia bagaikan pelangi.
Penuh dengan warna-warni.
Semalam Hari Guru. Kisah guru dan anak murid juga bagaikan pelangi, dipenuhi warna-warni. Banyak kisah yang terjadi, pahit dan manis. Guru manusia, anak murid pun manusia. Tidak ada yang sempurna. Selalu ayah cakap, hidup ini kena ada A, baru B dan C akan datang. A untuk 'akhlak', A untuk 'adab'. Apabila ada 'akhlak', apabila ada 'adab', Insya-Allah, B dan C akan datang. B itu 'bijaksana' dan C itu 'cerdik'.
Pelangi mewarnai hidup kita. Kisah anak murid dan cikgu tak pernah berakhir.
Sentiasa ada kisah untuk dikenang, kita manusia biasa, ada lebih dan ada kurang.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....