Emak cakap ayah jadi lain apabila berurusan dengan orang lain. Ayah pun teringat pada zaman dahulu kerana opah menegur ayah tentang perkara yang sama.
Waktu itu waktu makan tengah hari. Ayah melayan budak perempuan itu yang sebaya dengan adik semasa makan tengah hari. Waktu itu opah cakap kalau anak orang lain boleh dilayan dengan baik, sepatutnya adik sendiri pun dilayan dengan baik.
Ayah berfikir dan mendapati perkara itu benar. Misalannya, waktu pagi apabila terlambat selalunya anak-anak dan emak tidak mendapat layanan yang sepatutnya kerana kesuntukan masa dijadikan alasan. Masa tetap berjalan sama ada kita cepat atau lambat. Kita perlu berlaku adil terhadap semua orang.
Ayah baru terjumpa kata- kata John Locke, setiap bapa yang mahu dihormati dan dipatuhi oleh anak-anaknya harus menghormati anak itu dan Theodore Hesburgh pula berkata bahawa perkara paling penting yang boleh dilakukan oleh seorang bapa untuk anak-anaknya ialah menyayangi ibu mereka.
Ayah dan ayah-ayah yang lain ada contoh yang hebat untuk diikuti dan dijadikan suri teladan dalam melayani keluarga, iaitu Nabi Muhammad SAW.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....