Sedap juga mendengar lagu 'Hakikat Sebuah Cinta'. Sudah lama tidak dengar.
Adik pula sudah dapat 'kaki'. Sudah empat lima langkah. Selepas maghrib tidur dan tidurnya tidak lama. Pukul berapa pula hendak tidur? Baca akhbar dalam talian, banyak sangat isu. Banyak sangat yang suka mencetuskan kontroversi dan seolah-olah sengaja menyentuh isu-isu sensitif. Itu namanya sengaja cari penyakit. Kesabaran ada hadnya. Tolak ansur ada hadnya. Kenapa ada yang suka cari pasal? Sebab ada yang menyokong. Yang menyokong ada agenda tersendiri, agenda peribadi.
Cinta itu wujud atas dasar saling menghormati, saling memahami dan saling mengerti. Cinta kepada Allah s.w.t dan Rasul itu satu keutamaan.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....