Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, jasa bermaksud pekerjaan baik (kepada negara, raja, orang dan lain-lain). Jasa juga bermaksud bakti.
Sebenarnya, apa-apa sahaja pekerjaan dan perbuatan yang kita lakukan, asalkan baik, tidak kira kecil atau besar, kita telah menyumbangkan sesuatu dalam hidup ini. Kadang-kadang, kita tidak perasan bahawa kita diperhatikan orang. Jika perbuatan baik itu ditiru orang atau anak-anak kita, kita telah menyumbangkan jasa ke arah pembentukan keluarga yang baik atau masyarakat yang baik. Doa satu sumbangan yang kita tidak nampak tetapi cukup bermakna dan penting.
Kecil atau besar jasa yang disumbangkan itu terpulanglah kepada kemampuan dan kepakaran kita. Yang penting, selagi hidup, sumbanglah sesuatu untuk kebaikan kita bersama, Insya-Allah. Ayuh, Hidup Berjasa!
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....