Pagi ini, atuk, opah, pak ngah, mak su dan pak su sudah balik, Alhamdulillah.
Malam kami sampai, hujan lebat berselang sepanjang jalan. Dua tiga kali berhenti. Pagi ini, Kami berempat ke KLIA. Masuk pintu 6, sudah nampak ramai yang berjubah dan berkopiah. Semuanya bagasi merah CS Holidays. Jumpa di pintu 7. Meriah dengan sanak saudara yang menunggu. Sampai di rumah pak ngah lagilah riuh-rendah. Anak-anak lagilah, berjubah dan berkopiah. Bermacam aksi, umi menangkap gambar. Pakat-pakat bahagi coklat, makan buah delima, buah epal dan sebagainya.
Berkongsi makanan itu antara perkara yang terbaik. Malam ini juga meriah, berkongsi permainan di rumah tok su. Nenek ada di sini.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....