Hidup penuh dugaan. Dugaan itulah yang menduga manusia dan menghidupkan manusia.
Kecil atau besar sesuatu dugaan itu tetap kena kita hadapi. Ada masanya dugaan itu boleh kita harungi sendiri, ada masanya perlu kita hadapi bersama. Ada juga dugaan yang sepatutnya dilalui bersama tetapi akhirnya ditinggalkan dan terpaksa menghadapinya sendiri. Ya, setiap daripada kita ialah pejuang. Perjuangan kita dalam menempuhi dugaan atau cabaran sememangnya begitu pahit dan menyakitkan. Rebah atau tumbang kita disebabkan dugaan itu bagaikan mati sebelum mati. Contoh terbaik untuk kita teruskan perjuangan sudah tentu Nabi Muhammad s.a.w.
Dugaan yang dihadapi Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat seharusnya menjadi kekuatan kepada kita untuk terus sabar dalam menghadapi dugaan, Insya-Allah.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....