Astro Awani melaporkan bahawa hak penganjuran Malaysia sebagai tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang bakal dianjurkan di Kuching, Sarawak dibatalkan.
Apakah pendirian diri kita apabila menerima tetamu? Apabila kita sudah bersetuju menerima tetamu, sudah tentu kita mengalu-alukan tetamu yang datang. Apabila tetamu mula anggap rumah kita seperti rumah mereka sendiri, anggap semuanya milik mereka dan akhir menyuruh atau menghalau kita tidur di luar rumah, apakah pendirian kita sebagai tuan rumah, saudara atau sahabat? Itulah yang berlaku kepada Palestin.
Pendirian yang benar berdasarkan bukti-bukti yang nyata bukanlah pendirian yang boleh dijual beli. Pendirian itu bukanlah pendirian yang berakarkan emosi tetapi berdasarkan pertimbangan yang wajar dan rasional.
YOU ARE READING
Cerita Ayah
Short StoryKita melalui hidup ini dengan rasa yang pelbagai, ayah berkongsi rasa supaya kita mendapat sesuatu daripada apa-apa yang kita rasa dan kita lalui....